Rabu, 19 September 2012

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


Shafie Nor: Gerakan tanding <b>di Gopeng</b>, Malim Nawar?

Posted: 23 Aug 2012 04:38 PM PDT

IPOH, KHAMIS, 23 Ogos, 201: Parti Gerakan Bahagian Gopeng mempunyai calon boleh menang yang diterima pengundi di Parlimen Gopeng dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Malim Nawar iaitu dua kerusi yang ditandingi MCA sebelum ini.

Kenyataan itu adalah reaksi terhadap laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 14 Ogos lalu bahawa MCA akan bertanding di Parlimen Puchong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 iaitu kerusi yang ditandingi Gerakan sejak dua pilihan raya umum lepas.

Ketua Gerakan Bahagian Gopeng, Dr. Lee Chee Peng berkata, sekiranya MCA merasakan calon mereka boleh menang dan mahu bertanding di Puchong, Gerakan juga berpendapat parti itu boleh menawarkan calon boleh menang di beberapa kawasan tertentu yang ditandingi MCA di Perak.

"Gerakan Gopeng tidak menentang hasrat MCA bertanding di Puchong tetapi kami hanya akan bersetuju jika kerusi itu ditukar dengan parti komponen lain dengan persetujuan bersama," katanya kepada pemberita di Wisma Gerakan, di sini hari ini. - UTUSAN

Mydin Buka Pasar Raya Borong <b>Di</b> RTC <b>Gopeng</b> – Perak Today

Posted: 17 Sep 2012 10:20 PM PDT

Sektor peruncitan terus berkembang pesat di Perak apabila syarikat MYDIN Mohamed Holdings Bhd (Mydin) akan membuka cawangan ketiganya di negeri itu, akhir November nanti.

Gedung pasar raya borong itu akan dibuka di RTC Gopeng, dekat membabitkan pelaburan berjumlah RM65 juta.

Dipetik daripada Bernama , Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, Mydin Mall yang dibuka di RTC Gopeng itu mempunyai konsep berbeza dengan cawangan Mydin lain kerana pihaknya memberi tumpuan kepada jualan produk hasil industri kecil dan sederhana (IKS).

"Pasar raya Mydin di RTC Gopeng lebih menumpukan kepada barangan IKS, ruang jualan untuk disewa juga kami beri kepada pengusaha IKS selain memodenkan kaedah penjualan hasil tanaman dan ternakan seperti sayur-sayuran, ikan dan daging," katanya pada jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran pasar raya borong Mydin di Gugusan Manjoi, baru-baru ini.

Tegasnya, pembukaan cawangan itu sekali gus menjadi cawangan ketiga Mydin di Perak selepas di Gugusan Manjoi dan di Meru Raya, dua bulan lalu.

Tambahnya lagi, pembukaan cawangan baru itu tidak menjejaskan peniaga dan pemborong sedia ada di RTC Gopeng.

"Kita akan berusaha membantu meningkatkan sistem jualan borong serta peruncitan di kawasan itu supaya lebih sistematik dan mementingkan aspek kebersihan.

"Selain itu, lebih banyak gerai jualan dan makanan akan disediakan bagi menarik kedatangan pengunjung ke RTC berkenaan.

"Pada masa sama, kami turut menyediakan lebih 100 kios atau gerai berkonsepkan 'flea market' bagi memberi peluang kepada penduduk tempatan memasarkan produk jualan masing-masing," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan