Rabu, 19 September 2012

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


<b>Kinta</b> Menjerit: Liputan Telefon Selular <b>di</b> Lebuhraya Perlu <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2012 03:08 AM PDT


Kerajaan Persekutuan diminta agar membantu Perak mengatasi masalah liputan telefon selular yang dihadapi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang merentasi laluan sepanjang negeri berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata masalah itu mengganggu kelancaran komunikasi pengguna yang menggunakan lebuhraya terbabit kerana talian boleh terputus secara tiba-tiba selepas beberapa minit bercakap.

"Masalah yang membabitkan liputan telefon selular di sepanjang lebuhraya yang merentasi Perak ini sudah saya bangkitkan di mesyuarat peringkat negeri dan Persekutuan.

"Kalau dilihat peta Perak, ia memiliki laluan lebuhraya yang terpanjang berbanding negeri lain dan kita menghadapi masalah liputan selular yang menjejaskan komunikasi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan kerana wujudnya 'blind spot' di banyak kawasan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, sebentar tadi.

Sehubungan itu, kerajaan negeri tambah Zambry, berharap agar kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dapat mengadakan perbincangan lanjut dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan PLUS Malaysia Berhad bagi menyediakan kemudahan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri juga katanya, telah menyediakan kemudahan jalur lebar kepada segenap lapisan rakyat di Perak bagi mendedahkan mereka dengan dunia teknologi maklumat (IT).

Sehingga hari ini, kira-kira 100,000 Notebook 1Malaysia telah diagih-agihkan kepada golongan yang layak di seluruh Perak, katanya.

Selain itu, sebanyak 368 Kampung Tanpa Wayar juga telah diwujudkan di negeri terbabit selain 11 lagi Pusat Jalur Lebar Komuniti turut dibuka dengan bantuan SKMM.

"Perak juga mempunyai 38 Pusat Internet 1Malaysia dan tidak ketinggalan kemudahan 132 telefon awam bagi kemudahan penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman Perak," katanya lagi.

Beauty Fair <b>di Kinta</b> Riverfront Hotel, Ipoh - Gold Heart Swan

Posted: 03 Jul 2012 09:31 AM PDT

Sesiapa pun boleh datang dan belajar buat facial pada wajah sendiri.
Arahan semua kami tunjukkan.
Semua boleh masuk dan belajar.
Selepas sesi ini, sekiranya ada yang sesuai dan saudari ingin membeli, dipersilakan.

Kami menyediakan peluang untuk anda mencuba dulu produk yang sesuai sebelum beli.
Namun, jika ada halangan, anda tidak perlu berasa bersalah jika tidak membeli.
Kami hanya mahu peluang berkongsi maklumat dengan anda.
Kami ada banyak maklumat yang ingin disampaikan.
Anda hanya perlu luangkan masa sahaja.
Rata-rata selepas sesi ini, ramai yang berasa seronok!
Next appointment 14 July 2012
Venue : Heritage Hotel, Ipoh
Pagi hingga jam 3 petang.
Masa yang diambil : satu jam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan