Khamis, 27 September 2012

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


<b>manjoi</b>.my: Sambutan Hari Kemerdekaan <b>di</b> Gugusan <b>Manjoi</b> dan <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2012 10:48 AM PDT

*Semua gambar dari Badrul Hisham Mohamed Mokhtar

Bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, beberapa acara telah diadakan di Gugusan Manjoi dan Tanjung Rambutan, anjuran Majlis Pembangunan Perpaduan dan Kesejahteraan Parlimen Tambun dari 31 Ogos hingga 2 Sept. 2012.

Pada 31 Ogos 2012 di Stadium Mini Kg. Sungai Tapah, pada pukul 8.30 malam, Forum Perdana Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 telah diadakan. Ahli panel yang telah dijemput ialah Datin Paduka Prof. Dr. Ramlah Adam, Ust. Harith Fadzlilah dan Ust. Fathul Bari Mat Jahaya. Turut hadir Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (MP Tambun) dan Dato Nazri Ismail (ADUN Manjoi).

Di majlis tersebut, Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah juga telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa rumah anak yatim di Parlimen Tambun.


Lebih banyak gambar Forum Perdana oleh Badrul Hisham Mohamad Mokhtar di sini.

Pada 1 September 2012 pula, Karnival Nasyid Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 telah diadakan pada pukul 8.00 malam, juga di Stadium Mini Kg. Sungai Tapah. Majlis telah dimeriahkan dengan penampilan seperti kumpulan nasyid Rabbani dan Fauziah Gambus. Majlis diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

   
Lebih banyak gambar Karnival Nasyid oleh Badrul Hisham Mohamad Mokhtar di sini.

Pada 2 Sept. 2012, Sambutan Hari Kemerdekaan Parlimen Tambun telah diadakan di Padang Awam Tg. Rambutan, pada pukul 8.00 pagi. Pelbagai acara telah diadakan seperti tarian singa dan pertunjukan 'cheerleader'. Majlis telah dimeriahkan oleh orang ramai dari semua lapisan masyarakat.


Lebih banyak gambar Sambutan Hari Kemerdekaan oleh Badrul Hisham Mohamad Mokhtar di sini.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan