Rabu, 10 Oktober 2012

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Masjid <b>Bidor</b> sudah boleh diguna – Perak Today

Posted: 13 Nov 2010 03:19 PM PST

Kariah masjid di Bidor kini lega apabila pembaikpulihan Masjid Al-Muhtadin siap sepenuhnya, kelmarin.

Pengerusi Masjid Al-Muhtadin, Yahya Othman berkata, sebelum ini masjid yang sudah berusia lebih 100 tahun itu telah menjalani proses naik taraf.

Namun katanya, atas beberapa perkara tidak dapat dielakkan tempoh membaik pulih masjid itu mengambil masa agak lama.

"Kariah masjid di sini tidak dapat menggunakannya dalam tempoh hampir dua tahun kerana berlaku kerja pembaikpulihan dan kini sudah boleh digunakan selepas semua kerja selesai," katanya pada majlis penyerahan membaik pulih dan menaik taraf Masjid Al-Muhtadin, Bidor kelmarin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib; Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri, Datuk Dr Safry Kamal Ahmad; Pegawai Daerah Batang Padang, Razali Bakar dan Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad.

Yahya berkata, penambahbaikan masjid itu melibatkan belanja hampir RM800,000 dan disiapkan dalam tempoh setahun lapan bulan.

Katanya, pada asalnya, peruntukkan sebanyak RM357,000 diterima untuk menambah baik bahagian belakang masjid itu, tetapi kerana agak uzur menyebabkan pembinaan baru perlu dilaksanakan dan ditambah sebanyak RM400,000 lagi.

"Ini menyebabkan berlaku masalah membaik pulih yang melibatkan tempoh masa agak lama dan menimbulkan pelbagai persoalan," katanya.

Sementara itu, Mohd Khusairi berkata, pihaknya berharap jawatankuasa kariah masjid dapat menggunakan wang tabung untuk membaik pulih tandas lelaki.

"Saya difahamkan tabung masjid ini mempunyai peruntukkan mencukupi bagi membaik pulih tandas lelaki yang sudah uzur itu.

"Masjid ini akan menjadi tumpuan umat Islam yang hendak menunaikan solat kerana terletak di kawasan strategik dan mudah disinggahi," katanya.

Love Today: <b>bidor</b> - taiping - cendol pulut panggang

Posted: 09 Aug 2012 05:43 PM PDT

seperti biasa, aku akan mengapdet cerita2 basi utk bacaan blog2 reader semua. heheh....
ini cerita bulan jun. anak buah aku kawen. tapi ini bukan anak buah yang anak kepada abang aku. kitorang takde talian darah. ini anak buah di opis.
majlis dibuat di bidor. dah lama tak turun perak. eh ke naik perak?
awak sangat santek ye puan ida....
(iklan jap, ida makan berrygen dalam tempoh 2 bulan sebelum wedding dia)

lepas bidor, kita naik atas lagi, kita carik hotel kat taiping plak. sebab syamiel asik mintak nak gi zoo. takkan nak gi zoo negara plak, baru je pegi masa CNY aritu.

 ate ke zoo tepen (taiping) le teman....

kitorang pegi night safari. aku tak faham. sefaham aku la, safari maksudnya ialah satu tempat luas yg byk binatang yg bebas, takde pagar2 dah dalam tu. visitor akan duduk dalam trak ke jip ke yg pusing2 dalam tu sambil tengok2 singa etc., tapi rupenya kat sini, zoo tu adalah nama ketika siang, n bila malam, tempat yg sama juga akan dipanggil night safari. whateverr.
dah pegi pun time cuti sekolah (sbb cuti sekolah la byk wedding). so terpaksa beratur panjang nak naik mini train/tram. syazwan agak happy sebab sebok dok pegang orang depan belakang yg beratur sama. tapi bila naik train/tram je, terus tido. that's why baby masuk zoo free takyah bayor. huhu.
syok gak masuk zoo/safari memalam. memang binatang agak aktif. cuma gelap n tak nampak sgt. ada sign tulis jgn suluh flashlight. tapi ramai gak yg pakai. hisy tak ikut peraturan sungguh! kang binatang mengamuk kang cemana?


tetibe suka kat gambar ni
esoknya pulak, pusing2 taiping. carik cendol no! (eh org tepen cakap bunyik cam org kedah/penang gak kan?)
kami pegi makan cendol pulut + rojak mamak. tapi memandangkan entry ni cerita lama, maka aku pun lupa dah nama kedai. antara dua nama la, Bismillah ataupun Ansari. Yg speselnya cendol pulut kat sini ialah, pulutnya tu dipanggang dulu. so rasa dia memang bestlah!
sedapnye bila tergigit pulut panggang kat dlm cendol nih.
tapi jangan lak bayangkan pulut panggang yg ada inti kelapa n bungkus daun tu kat dalam cendol. cuba bayangkan pulut kosong yang dipanggang then masuk dalam cendol. setapp.
ok sapa suruh lambat apdet. pastu skrg terapdet pasal makanan di bulan puasa. nanti caki marah aku lagi. haha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan