Rabu, 10 Oktober 2012

07 di kuala kurau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di kuala kurau - Google Blog Search


PARIT BUNTAR!!! 5000 hadiri ceramah perasmian Markas MTD <b>Kuala</b>

Posted: 25 Jun 2012 03:10 PM PDT

Pengarah MTD Kuala Kurau Abdul Bahrain Desa berkata, dataran markas berkenaan hanya mampu memuatkan kira-kira tiga ribu orang sahaja.

" Orang ramai yang tidak dapat masuk, terpaksa duduk dan berdiri di tepi jalanraya dan jalan taliair yang berhampiran.

" Mereka tidak mahu ketingalan mendengar ceramah yang disampaikan oleh Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Pas Pusat.
Bahrain berkata, perasmian Markas MTD Kuala Kurau telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS berkenaan.
" Markas baru ini akan menjadi pusat aktiviti Pas Parit Buntar bagi kawasan Kuala Kurau dan Tanjung Piandang.
" Malah, markas ini akan menjadi pusat aktiviti pilihanraya bagi MTD Kuala Kurau menghadapi pilihanraya umum ke 13" katanya
Sementara itu,  Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dalam ceramahnya yakin  Pakatan Rakyat akan mengambil alih Putrajaya kerana rakyat mahukan perubahan terutamanya golongan muda.

" Dulu saya sendiri tidak nampak jalan untuk ke Putrajaya kerana parti politik dalam Pakatan Rakyat seperti PAS, PKR dan DAP tidak bersatu dan masing-masing berjuang bersendirian.

" Namun kini bila Pakatan Rakyat wujud , UMNO/BN telah dapat dikalahkan di beberapa negeri. Maknanya, jalan menuju ke Putrajaya makin jelas.
Menurutnya, UMNO/BN sangat takut dengan perpaduan yang wujud dalam Pakatan Rakyat kerana dengan cara ini sahajalah mereka dapat ditewaskan.

"UMNO/BN sudah tidak lagi diyakini oleh rakyat untuk memerintah negara ini kerana berlaku banyak penyelewangan seperti isu scorpene dan NFC.

" Sudah sampai masanya, rakyat bersatu menumbangkan UMNO/BN dalam pilihanraya umum ke 13 nanti" katanya
Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah Pesuruhjaya Pas Perak  Abu Bakar Hussin , Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ketua Ameerah Pas Fareedah Abdul Samad, ADUN Kuala Kurau Yunus Jamhari dan Yang Dipertua Pas Parit Buntar  Harun Hashim.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved