Ahad, 28 Oktober 2012

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


UMNO Online - Pengundi <b>Bukit Gantang</b> Sudah Sedia Untuk Buat <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2012 02:48 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Pengundi Bukit Gantang Sudah Sedia Untuk Buat Perubahan Pada PRU 13

Oleh: Azlina Rosdy

BUKIT GANTANG, 7 Sept – "Semua jentera pilihan raya di Bukit Gantang telah bersiap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Kita akan pastikan bahawa kita akan menebus kembali kekalahan pada PRU lalu.

"Kita hanya menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Trong tapi kali ini, kita berjanji akan membantu merealisasikan impian Perdana Menteri untuk menang semua kerusi di Parlimen Bukit Gantang," ujar Ketua UMNO bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin kepada UMNO-Online.

Menurut beliau, keyakinan bahawa UMNO dan Barisan Nasional akan menguasai Parlimen Bukit Gantang ini amat kuat kerana Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, telah berura-ura untuk bertanding di kawasan lain.

Ini kerana jelas beliau lagi Nizar telah menyedari bahawa rakyat di Parlimen ini tidak lagi mempercayai segala omongannya.

"Mungkin atas alasan takut kalah maka Nizar bercadang untuk mencari kawasan lain untuk bertanding. Rakyat di parlimen ini telah sedar bahawa hanya BN dan UMNO yang mampu membela nasib rakyat. Omongan kosong pakatan pembangkang sudah tidak laku lagi sini. Sebab itu saya yakin bahawa kita mampu menebus kekalahan pada PRU lalu.

"Malah mungkin disebabkan pakatan pembangkang mula merasa mereka akan hilang parlimen ini maka mereka mula menabur pelbagai fitnah kepada BN, UMNO terutama ke atas saya sendiri", ujarnya.

Tambah  beliau lagi Perdana Menteri juga berharap agar bekas-bekas wakil rakyat untuk turun padang bersama pemimpin yang ada sekarang bagi membalas balik jasa rakyat sekaligus membantu BN dalam mencapai kemenangan pada PRU akan datang.

Justeru katanya UMNO terutama BN tidak akan ambil peduli fitnah pembangkang kerana apa yang penting adalah usaha dan gerak kerja dalam membuktikan kepada rakyat bahawa UMNO dan BN adalah sebuah parti yang telus dan boleh disandarkan harapan untuk membela nasib rakyat.

"Janji kita adalah janji yang ditepati.. Bukan janji retorik yang hanya cakap-cakap kosong. Oleh itu saya amat berharap agar semua pengundi di Bukit Gantang bersedia untuk berhadapan dengan PRU akan datang.

"Gendang telah dipalu kini cuma tunggu semboyan dibunyikan. Jangan tersalah pilih sehingga menyebabkan kita terus menderita tanpa pembelaan sewajarnya," ujarnya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong. – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 5:48 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan