Khamis, 25 Oktober 2012

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Mangsa banjir <b>di Kerian</b> meningkat – Perak Today

Posted: 25 Mar 2011 08:59 AM PDT

Jumlah mangsa banjir di Daerah Kerian meningkat kepada 406 pagi ini berbanding 359 orang petang semalam.

Mangsa banjir terbaru adalah dari Kampung Matang Pasir seramai 31 orang, Kampung Tanjung Bugis lima orang dan Kampung Parit Simpang Lima seorang.

ngsa banjir terbaru adalah dari Kampung Matang Pasir seramai 31 orang, Kampung Tanjung Bugis lima orang dan Kampung Parit Simpang Lima seorang.

Mereka yang masih berada di pusat-pusat pemindahan adalah penduduk dari kawasan Batu 37 dan 38 Jalan Keretapi, Kampung Parit Abu Hasan, Parit Haji Hasan Ban, Batu 40 Jalan Bukit Merah, Parit Mat Keling, Kampung Tebuk Pancur, Kampung Parit Ayer Hitam, Kampung Alor Setangguk dan Kampung Perlis.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata semua mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Sekolah Kebangsaan Bukit Merah, Sekolah Kebangsaan Haji Dahalan dan dewan orang ramai di Alor Pongsu.

Kampung terbabit dinaiki air sedalam 0.5 meter hingga 1 meter akibat langkah melepaskan air dari empangan Bukit Merah akibat hujan lebat sejak lima hari lalu, katanya ketika dihubungi hari ini.

Fauzi berkata jalan raya di km 17 dan 18 Alor Pongsu-Selama, Jalan Bukit Merah, ditutup kepada kenderaan ringan kerana dinaiki air.

Operasi memindahkan mangsar banjir telah dilakukan oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat menyampaikan sumbangan berupa makanan dan minuman. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan