di negeri perak - Google Blog Search |
RELA <b>di negeri Perak</b> semakin bertambah – Perak Today Posted: 27 Sep 2011 07:00 PM PDT
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, berkata bilangan mereka yang berminat menyertai RELA sehingga hari ini telah mencecah seramai 276,801 orang seluruh negeri. Menurutnya, sebagai sebuah pasukan yang boleh menjadi satu gelombang bagi menterjemahkan sumbangan dan aspirasi rakyat, RELA juga dilihat sebagai platfom bagi orang ramai yang mahu turut serta menyumbang tenaga ke arah keamanan negara. "Bilangannya sangat memberangsangkan..seharusnya, konsep seperti ini perlu ada di setiap negara di dunia sebagai tanda wujudnya kerjasama antara kerajaan dan rakyat. "Sejarah juga telah membuktikan bahawa kemerdekaan tidak akan mungkin dikecapi dengan mudah dan cepat tanpa adanya penglibatan rakyat untuk membantu mengusir keluar penjajah dan mengembalikan kedaulatan negara. "Oleh itu hak rakyat tidak akan sama sekali ditidakkan walaupun dalam kita sibuk mengejar arus pembangunan negara," katanya ketika berucap sempena Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat RELA bagi Menteri, Ahli Parlimen, ADUN dan kumpulan Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Keong dan barisan Exco Negeri Perak yang hadir bagi menerima anugerah pangkat masing-masing. Menurutnya, penglibatan pemimpin dalam RELA juga dilihat sebagai sesuatu yang penting untuk bersama-sama menjadi penggerak di dalam satu organisasi selain memberi sokongan dan dorongan kepada rakyat.
Zambry berkata, kaedah keanggotaan RELA yang terbuka kepada berlainan kelompok masyarakat dan kaum ini mampu melahirkan platun dan masyarakat yang berketerampilan. "Dalam erti kata lain, kaedah ini boleh mewujudkan daya saing di kalangan mereka untuk berlumba-lumba menonjolkan hasil kerja masing-masing," katanya. – Nooraini Mahamad. |
You are subscribed to email updates from di negeri perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan