07 di lekir - Google Blog Search |
Zulheimy Ma'amor: KD <b>LEKIR</b> : NEW ZEALAND IRFR 1991 Posted: 24 Sep 2012 09:48 PM PDT Dari Sydney, New South Wales, KD Lekir dan KD Mahawangsa meneruskan pelayaran ke Auckland, New Zealand untuk menyertai RNZN International Royal Fleet Review dan juga Perbarisan menyambut Ulangtahun ke 50 Tentera Laut DiRaja New Zealand. Devonport Naval Base terletak di Devonport,pantai Utara Auckland, New Zealand. Ditubuhkan seawal tahun 1841, pengkalan ini terdiri daripada HMNZS Philomel (pusat pentadbiran pengkalan), Fleet Support Organisation and juga Fleet Personnel and Training. Menyertai perbarisan Armada Tentera Laut Antarabangsa bukanlah sesuatu yang dapat dirasai oleh semua anggota Tentera laut. Menjadi satu kebanggaan bagi seorang anggota Tentera Laut terpilih menjadi duta kecil negara di peringkat antarabangsa. Begitulah yang dirasai oleh 70 pegawai dan anggota TLDM dari KD Lekir dan KD Mahawangsa yang menyertai perbarisan di Bandaraya Auckland,New Zealand. Diantara negara-negara yang turut terlibat dalam perbarisan armada Antarabangsa di bandaraya Auckland, NZ. KAPAL-KAPAL TERLIBAT DALAM NZ IRFR - 1991 HMNZS Canterbury, HMNZS Wellington, HMNZS Southlands, HMNZS Endeavour, HMNZS Waikato, HMNZS Manawanui, HMNZS Monowai, HMNZS Tui, HMNZS Tarapunga, HMNZS Takapu, HMNZS Hinau, HMNZS Wakakura, HMNZS Kiwi, HMNZS Moa dan HMNZS Kahu HMAS Perth, HMAS Hobart, HMAS Ipswich dan HMAS Dubba HMCS Yukon, HMCS Saskatchewan, HMCS Mackenzie dan HMCS Provider KD Lekir dan KD Mahawangsa RSS Endurance, RSS Vigour dan RSS Valour Gambar di Sekitar Queenstreet, Auckland semasa NZ IRFR HMNZS TAMAKI - Pusat latihan bagi anggota - anggota Tentera Laut Di Raja New Zealand. HMNZS Philomel adalah sebuah pengkalan utama bagi Pentadbiran Tentera Laut Di Raja New Zealand. HMNZS Philomel adalah sebahagian daripada Devonport Naval Base, North Shore City, Auckland, New Zealand. Pengkalan ini dibina pada tahun 1921 apabila division Tentera Laut New Zealand mula-mula ditubuhkan. Pengkalan ini ditauliahkan semula sebagai pusat latihan pada tahun 1941. RPC di HMNZS Philomel, NZ Setelah beberapa hari berada di Auckland, KD Lekir dan KD Mahawangsa meneruskan destinasi seterusnya iaitu Port of Wellington di New Zealand. Semasa dalam pelayaran ke Wellington, kapal-kapal telah mengadakan latihan bersama di perairan New Zealand. Sesuatu yang jarang atau tidak ada di negara kita pasti akan menarik minat anak-anak kapal seperti contoh Gunung Berapi yang memang tidak ada di negara kita Malaysia. Semasa pelayaran ke Wellington, kapal telah melalui sebuah Gunung Berapi di New Zealand. Kami difahamkan bahawa terdapat beberapa gunung berapi di New Zealand dan kebanyakannya masih aktif. Wellington adalah ibu negeri dan bandar kedua mempunyai ramai penduduk selepas Auckland. Ia terletak antara Selat Cookd an Rimutaka Range dan mempunyai penduduk berjumlah 393,400 orang. Nama Bandar Wellington adalah mengambil sempena nama Arthur Wellesley, Duke of Wellington yang pertama dan juga merupakan panglima Tentera Laut British semasa Battle of Waterloo. Bandar Wellington pernah mengalami beberapa kejadian gempa bumi yang agak teruk pada tahun 1848 dan 1855. Gempa bumi yang paling kuat pernah direkodkan di New Zealand ialah Gempa Bumi Wairarapa pada tahun 1855. Setelah beberapa hari berada di Wellington, kapal meneruskan pelayaran dan singgah di beberapa pelabuhan sebelum pulang ke Malaysia. Di antara pelabuhan itu ialah Adelaide, Perth dan Surabaya. Kapal selamat tiba di Pelabuhan Lumut Perak (Jangka Masa tiba - tidak ingat). Selepas pulang dari Pelayaran ke Australia dan New Zealand, aku telah ditukarkan ke Stesen Komunikasi TLDM Kuantan (SKTLDM Kuantan) di Tanjung Gelang, Kuantan dan berkhidmat di sana sehingga aku menamatkan perkhidmatan pada Januari 1996. Sesungguhnya kenangan bersama KD Lekir tidak dapat aku lupakan sepanjang hayat ku..... 25 September 2012 - 12.43 pm |
You are subscribed to email updates from di lekir - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan