Jumaat, 12 Oktober 2012

07 di lenggong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di lenggong - Google Blog Search


KP1M serah bantuan kepada mangsa banjir <b>di Lenggong</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2012 01:28 AM PDT

Nasib lebih 600 mangsa banjir di Parlimen Lenggong mendapat perhatian dan pembelaan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hari ini, Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) turun padang ke Lenggong untuk menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir yang membabitkan 317 orang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan dan 329 orang di DUN Kenering.

Sumbangan berupa 800 buah tilam dan 350 buah dapur gas diagih-agihkan kepada mangsa banjir manakala 400 helai sejadah turut diserahkan kepada surau dan masjid di kedua-dua kawasan berkenaan yang terjejas teruk akibat banjir yang berlaku pada 10 Mac lalu.

Selain itu, bantuan 200 pasang uniform sekolah juga akan diserahkan bagi meringankan beban ibu bapa murid dan pelajar membeli pakaian sekolah yang telah rosak akibat kejadian banjir itu.

Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pihaknya mendapat arahan daripada PM untuk membantu semua mangsa bencana alam di seluruh negara termasuklah di Parlimen Lenggong yang membabitkan lebih 646 mangsa kesemuanya.

Jelasnya, bantuan itu yang disalurkan itu bertepatan dengan slogan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

"KP1M turun padang ke seluruh negara untuk membantu mangsa bencana alam melalui sokongan PM yang begitu prihatin dengan kebajikan rakyat yang ditimpa kesusahan.

"Rakyat Perak perlu sedar dan bangkit daripada khayalan yang dicipta parti pembangkang kerana 11 bulan mereka memerintah ibarat 11 tahun lamanya dan apa yang dibuat serba tak betul," katanya lagi.

Hanya BN katanya, dapat membela nasib dan menjamin masa depan rakyat negara ini.

Sementara itu, penerima bantuan yang ditemui Perak Today.com melahirkan penghargaan tidak terhingga kepada KP1M di atas sumbangan berkenaan.

Aminah Zawawi, 61, dari Kampung Banggol Belimbing, berkata sumbangan itu membuktikan kerajaan BN mengambil berat dan prihatin dengan nasib rakyat yang ditimpa musibah.

"Syukur Alhamdulillah di atas bantuan ini dan walaupun tidak seberapa, ia setidak-tidaknya dapat meringankan beban yang tanggung oleh mangsa banjir," kata Aminah yang kerugian lebih RM4,000 akibat kejadian banjir itu.

Sebelum ini, kerajaan negeri katanya, turut menyalurkan bantuan RM300 kepada setiap keluarga yang terlibat dalam kejadian itu.

Pendapat sama dikongsi Ng Ah Poy, 60, yang tinggal di pekan Lenggong dan merupakan salah seorang daripada mangsa banjir yang disifatkan penduduk antara yang terburuk setakat ini.

"Kerajaan BN begitu prihatin dengan nasib mangsa banjir di Lenggong dan melalui usaha yang dilakukan oleh KP1M, sokongan terhadap kerajaan akan terus utuh pada pilihan raya akan datang," katanya.

Penduduk Kampung Sira, S Kantan, 38, menegaskan bantuan berupa tilam dan dapur gas yang disalurkan melalui KP1M itu amat dihargai mangsa banjir.

"Kerajaan negeri dan Ahli Parlimen segera menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir dan kita berterima kasih kepada semua pihak yang membantu," katanya lagi.

Bagi Hamdan Talib, 40, dari Kampung Kota Tampan Air, penyaluran bantuan seumpama itu dapat sekurang-kurangnya menceriakan mangsa banjir.

"Terima kasih kepada kerajaan BN yang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sini," katanya sambil tersenyum ceria.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved