Jumaat, 12 Oktober 2012

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


Berkhemah <b>Di Teluk Batik</b> Perak | Coretan Anuar

Posted: 11 Oct 2012 08:39 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Syukur Alhamdulillah.. Setelah lebih kurang seminggu blog ini tidak berupdate, akhirnya dapat juga peluang untuk mencoretkan beberapa patah perkataan di blog ini.. ;)
Terasa rindu sangat nak menulis sesuatu di blog ini.. Tapi apakan daya masa tidak mengizinkan.. Disebabkan banyak kerja sedang bersusun menanti untuk disiapkan.. 
Kerja paling terbaru adalah menyiapkan sebuah blog khusus untuk Pertandingan Catur Sukipt 2012.. Setakat ini blog tersebut baru berumur 3 hari.. Kalau nak tengok rupa blog tersebut boleh klik di sini.. 
Sebenarnya rasa nervous juga.. disebabkan ini kali pertama menganjurkan Pertandingan Catur peringkat kebangsaan.. Sebelum ini saya hanya menganjurkan Pertandingan Catur secara tertutup di kampus tempat saya bekerja.. Tak sangka pula kali ni, terus ke peringkat  kebangsaan..  
Doakan semoga saya dan rakan-rakan berjaya menganjurkan Pertandingan catur Sukan IPT (SUKIPT) 2012 buat kali pertama ini dengan jayanya.. Amin..

Ok.. Berbalik semula kepada tajuk entri kita.. Tentang Hari Keluarga Di Teluk Batik Perak..
Entri yang saya hasilkan kali ini sebenarnya entri yang dah agak lama tersimpan dalam senarai Draft Blog Coretan Anuar... Dalam keadaan sibuk sebegini, tak sempat nak memikirkan entri baru.. 
Jadi, nak memudahkan kerja.. edit sedikit sahaja mana-mana entri yang terdapat dalam senarai Draft.. Kemudian Publish.. hehehe..
Pada hujung minggu kira-kira dua Bulan yang lepas, saya sempat membawa isteri dan anak-anak berkhemah di Teluk Batik, Perak..
Bila dah ada khemah untuk aktiviti berkhelah, tentulah ada aktiviti bersantai dan makan-makan.. 
Tengok tu.. Macam-macam benda ada.. Paling best sekali tentulah makan buah-buahan yang dicicah dengan sambal kicap + belacan..


Terliur air liur dibuatnya, bila dapat makan buah cicah sambal ni.. Bestnya..
Adam dan Haikal pula sibuk menyiapkan tugasan mereka.. Katanya nak buat Istana Pasir.. Jadi marilah kita sama-sama tengok samada jadi atau tidak Istana Pasir yang mereka bina..

Adam menemani Haikal yang tekun mengisi baldi dengan pasir..

Apa agaknya yang adam sedang cari tu?

Hasil kerja Haikal.. Jadilah..

Adam yang tersenyum dalam kesejukan..

"Abang Haikal, jangan korek sekali kaki Adam udahlah yer"..

Fasa pertama pembangunan istana pasir telah pun siap.. Fasa yang berikutnya.. ??

Wah.. Cantiknya.. Bentuk love.. 
Tapi jangan salah sangka.. Ini bukan hasil kerja Haikal, tapi hasil kerja isteri saya..

Untuk siapa agaknya love ini ditujukan.. ehem..ehem.. ehem..

Design khemah ini juga adalah hasil kreativiti isteri saya.. Cantik tak??
Memanglah cantik.. Beli sticker dan tampal.. hehehe..
Bila dah letih bermandi-manda, makan-makan, mengutip kulit kerang dan bermain pasir... Tibalah masa untuk kami pulang ke rumah.. 

Gembira rasa di hati apabila dapat melihat keceriaan wajah isteri dan anak-anak saya setelah dapat bersantai di teluk batik..

Insya Allah, sekiranya ada kelapangan masa.. lain kali boleh datang ke sini lagi.. Lagipun bukannya jauh nak pergi ke Teluk Batik ni.. cuma  kira-kira 2 jam perjalanan sahaja dari Sabak Bernam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan