Rabu, 28 November 2012

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Anak Haji Amir: Cerita Hari Raya-Beraya <b>di Bagan Datoh</b>

Posted: 05 Sep 2012 05:51 AM PDT

Pada hari raya kedua, memang sakan kami berjalan menziarahi sanak saudara...Memang abah bercadang untuk pergi beraya di rumah anak saudaranya di Bagan Datoh. Pukul lapan lebih dia dah bising-bising tanya semua orang nak pergi ke tidak...Memang dah tau perangai abah, kalau nak pergi kena bersiap awal-awal...
Pukul sepuluh lebih jugak la kitaorang bertolak dari rumah. Jalan memang jem selepas ada satu jambatan tu. Selepas drive 2 jam lebih kami pun sampai ke destinasi...
Bila sampai, terus ke rumah Kak Rosminah..Kami dilayan dengan best..! Semua makanan sedap-sedap, sementelah pula kami sampai time makan tengahari...Ketupat beras, rendang, sambal tumis sotong, tomyam dan buah-buahan....
Semua makan dengan tekun, setelah penat memandu...
Huloq jangan tak huloq...
Selepas seketika, kami terus ke rumah Abang Jamari ( yang berdekatan rumahnya ) Macam biasa kami disambut dengan meriah dan ramah mesra dari abang Jamari, Isteri dan anak-anak. Ingat lagi dulu, masa kecik-kecik kalau Abang Jamari, Arwah Abang Sujak datang ke rumah, diorang akan carik kami sampai ke dapur, katanya mesti kiena kenal dengan adik-beradik ( kami kecik-kecik memang pemalu, kalau ada orang datang memang tak keluar )

Kat sini pun kami dijamu dengan pelbagai hidangan lazat, pecal, nasi impit, soto dan biskut-biskut raya.

Acara makan-makan sampai tak ingat dunia, asyik ingat akhirat je...hehehehe

Haji Amir dan anak saudara, Abang Jamari..
Along, terperanjat kot, tengok makanan lazat-lazat...

Orang perempuan ala-ala Mak Datin low profile ( sebab duduk bawah )
Bersembang sakan, setelah setahun tak jumpa..( kami hanya mampu dengar dan senyum kerana tak faham bahasa JAWA- rugi pulak rasa )
***Memang terima kasih yang tak terhingga pada saudara di Bagan Datoh di atas layanan yang memang first class..!!! Hilang semua penat lelah memandu selama dua jam lebih...InsyaAllah kita akan berjumpa lagi ditahun depan..InsyaAllahh...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan