Rabu, 21 November 2012

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


SUARA PERAK: SAMBUTAN DEEPAVALI <b>DI KINTA</b> VALLEY

Posted: 03 Nov 2012 08:37 AM PDT


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 3/11/2012 di Ladang Kinta Valley.
SAMBUTAN DEEPAVALI DI KINTA VALLEY
PKR Cabang Kampar telah menganjurkan jamuan makan di Ladang Kinta Valley sempena sambutan Hari Deepavali. Jamuan ini dihadiri lebih kurang 300 orang dari warga tempatan yang terdiri daripada semua kaum. Program ini dilaksanakan atas usaha saudara Baldip Singh. Selain daripada pemimpin-pemimpin tempatan, program jamuan makan ini juga turut dihadiri oleh YB V.Sivakumar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tronoh. Pihak penganjur membuat penghormatan kepada YB V.Sivakumar dan Sdr Baldip Singh.
Dalam ucapan YB V.Sivakumar, beliau menyentuh tentang pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan dan selama 11 bulan di Perak. Beliau juga menunjukkan bukti-bukti bahawa PR adalah kerajaan yang lebih prihatin kepada rakyat.
Selain daripada itu, YB V.Sivakumar juga memberi penjelasan yang terperinci mengenai isu Batu Caves yang begitu hangat dipermainkan dalam media massa baru-baru ini. Beliau menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab meluluskan projek membina bangunan 29 tingkat itu  di Batu Caves. Kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan dengan semua dokumen-dokumen kerajaan yang relevan bahawa projek itu diluluskan oleh Barisan Nasional dengan restu MIC. Beliau merumuskan bahawa tindakan MIC menuduh Pakatan Rakyat dalam hal ini bagaikan 'meludah ke langit'.
YB V.Sivakumar juga menceritakan tentang kejayaan Pakatan Rakyat meluluskan 'Rajagopuram' (Bangunan Gerbang) untuk Kuil Sri Subramaniar (Kallumalai) Ipoh. MIC gagal mendapatkan kelulusan untuk projek tersebut untuk bertahun-tahun lama. Tetapi, Pakatan Rakyat  telah meluluskan projek itu dalam beberapa bulan sahaja. Projek itu  sudah dimulakan dan dalam pembinaan sekarang.
YB V.Sivakumar mendapat sambutan hangat apabila beliau berhujah mengenai polisi-polisi yang bakal dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat apabila menang Putrajaya dalam PRU 13 nanti. Antaranya ialah mengenai penurunan harga petrol, penghapusan tol di Lebuhraya Utara Selatan, pemberian RM1000 setiap tahun untuk warga emas, penurunan harga kereta dan pendidikan percuma untuk semua anak Malaysia.

Paras Air Sungai <b>Kinta</b> Lebihi Tanda Amaran | MyNewsHub

Posted: 13 Nov 2012 05:08 PM PST

KUALA LUMPUR — Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Sungai Kinta, Tanjung Tualang, Kinta, Perak berwaspada kerana paras air kini melebihi tanda amaran susulan hujan lebat.

Di Selangor, paras air di Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat; Sungai Selangor di Kuala Badong, Kuala Selangor dan Sungai Labu di Kampung Salak Tinggi, Sepang juga melebihi paras amaran dengan masing-masing mencatatkan 4.25 meter, 8.77 meter dan 3.72 meter.

Menurut portal JPS, paras air Sungai Bidut, Sibu di Sarawak turut melebihi paras amaran apabila mencatatkan bacaan 3.14 meter.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Selangor berkurangan kepada 1,311 malam tadi berbanding 1,357 orang malam semalam.

Mangsa terdiri daripada 330 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan iaitu empat di Kuala Langat, dua di Sepang dan satu di Kuala Selangor.

Di Johor pula bilangan mangsa banjir meningkat kepada 143 orang berbanding 138 malam semalam. Mereka terdiri daripada 34 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sri Telok, Batu Pahat.

Perak pula mencatatkan 39 mangsa banjir meliputi 10 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Agama Rakyat, Kampung Padang Serai di Manjung.

Di Melaka, jumlah mangsa banjir kekal 84 mangsa merankumi 17 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tehel, Jasin. — BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan