Khamis, 1 November 2012

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


program membina karakter remaja islam - ::SK <b>LEKIR</b>

Posted: 21 Oct 2012 08:45 PM PDT

Program Membina Karakter Islam ini adalah salah satu program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Lekir. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan di kalangan para pelajar berpotensi menerusi pendedahan dan latihan eksklusif berhubung kemahiran-kemahiran global seperti kepimpinan, komunikasi, hubungan antarabangsa dan diplomatik. Bukan itu sahaja, program ini bertujuan untuk memperbaiki akhlak remaha agar berteraskan akidah Islam dengan mengikut ajaran al-Quran dan al-Sunnah serta untuk membentuk remaja agar berkeperibadian yang soleh dan solehah agar membentuk diri ke arah positif tentang perubahan diri supaya dapat membimbing manusia ke arag kebaikan kelak.
Oleh itu, bagi merealisasikan dan melaksanakan program, Unit B&K SK Lekir telah menjemput En. Muhammad Ramadhan bin Subky (Finalis Imam Muda Musim Ketiga) untuk menyampaikan ceramahnya. Seramai 62 orang murid Tahun 6 SK Lekir dan 31 orang murid Tahun 6 SK Kayan telah terlibat dengan program ini. Program ini telah bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 pagi. 
Diharap usaha-usaha ke arah pembentukan modal insan yang berakhlak dan pembentukan persekitaran iklim yang baik di sekolah dapat memberi kesan yang besar terhadap pertimbuhan dan penghayatan nilai akhlak yang mulia di kalangan pelajar seterusnya melahirkan insan yang cemerlang dalam akhlak dan akademik.
 En. Hasamuddin bin Hussain (Guru Besar SKL) bersama dengan En. Muhammad Ramadhan bin Subky

Tiada ulasan:

Catat Ulasan