Khamis, 1 November 2012

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Nilai pembangunan projek Northgate <b>di Pengkalan Hulu</b> melonjak <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2010 01:51 AM PDT

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata nilai projek itu melonjak berikutan respon menggalakkan yang diterima daripada syarikat Thailand untuk mewujdukan operasi mereka di kawasan zon ekonomi besar berkeluasan 60.4 hektar itu.

"Terdapat sedikit kelewatan daripada segi jadual ia patut siap tetapi ini adalah kerana beberapa masalah teknikal.

"Apabila segalanya selesai, seluruh pembangunan di kawasan ini dijangka siap pada 2013," katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak itu.

Terletak 200 meter dari Betong, Thailand, kerja bagi fasa pertama bermula pada Januari 2008.

Fasa pertama yang dikenali sebagai Northgate Arena melibatkan pembangunan bazaar gerai jualan, restoran dan kompleks bebas cukai.

Pembangunan Arena itu juga menawarkan produk dan perkhidmatan daripada Malaysia dan Thailand termasuk kraftangan, spa dan pusat kesihatan khusus untuk pengunjung tempatan dan asing.

Pembangunan empat fasa lain termasuk hotel bertaraf empat bintang, kawasan industri, pusat komersil dan tapak untuk pertanian.

Dimajukan oleh Northgate Consortium, projek komersil dan industri ini dijangka dapat menjadi penggerak kepada pembangunan ekonomi di kawasan Utara Perak apabila ia siap sepenuhnya kelak.

Zambry berkata projek ini juga sebahagian daripada usaha kerajaan negeri dalam memastikan kawasan pendalaman tidak ketinggalan daripada arus pembangunan perdana.

"Kita juga berharap projek ini akan mengukuhkan lagi kerjasama dan hubungan dagangan dan apa saja aktiviti sempadan antara Malaysia dan Thailand kerana lokasi yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand," katanya.

Northgate terletak lebih kurang 90km dari Pulau Pinang (melalui lebuhraya Butterworth-Kulim) dan 96km dari Ipoh (melalui jalan Grik-Kuala Kangsar).

Lokasinya juga berdekatan Gerik, Pulau Banding, Tasik Temenggor dan Baling, Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan