Khamis, 15 November 2012

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Sembang Mesra Belia DUN <b>Menglembu</b> Bantu Golongan Miskin

Posted: 13 Nov 2012 12:42 AM PST

BATU GAJAH – Sembang Mesra Belia DUN Menglembu telah dijalankan pada 10 November 2012, bertempat di Institut GPMS Perak Batu Gajah yang mana telah dihadiri seramai 200 orang belia dan juga penduduk setempat. Majlis yang turut di hadiri oleh Setiausaha Agung Alumni  MBM Perak iaitu Saudara Hang Tuah bin Din dan juga Mantan Pengerusi GPMS Perak Cikgu Zainal.

Sembang Mesra Belia DUN Menglembu diisi dengan penerangan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kinta dan majlis penyerahan bantuan kepada golongan miskin. Selain itu  juga sembang santai antara pemimpin bersama golongan belia yang menghadiri majlis ini turut berlangsung yang mana golongan muda dilihat banyak melontarkan berbagai soalan kepada tetamu yang diundang khas pada majlis ini.

Sembang Mesra Belia ini berlangsung selama 3 jam yang mana berjalan dengan suasana yang harmoni dan semangat kekeluargaan antara golongan muda dan tua. Majlis berakhir dengan majlis sumbangan kepada golongan miskin yang dipilih oleh pemimpin belia setempat.

Antara penduduk setempat dan penerima bantuan yang hadir dalam majlis ini

Saudara Hang Tuah Din dan Cikgu Zainal sedang menyampaikan bantuan kepada golongan miskin yang terpilih



Tiada ulasan:

Catat Ulasan