Khamis, 15 November 2012

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Pilu ~Jasad rentung berpelukan,Kebakaran banglo <b>di Taiping</b> <b>...</b>

Posted: 13 Nov 2012 03:19 PM PST


Kebakaran banglo di Taiping ragut 4 nyawa

TAIPING - Jeritan seorang kanak-kanak sebaik ternampak api berjaya menyelamatkan nyawa lima ahli keluarganya namun pada masa sama terpaksa menerima hakikat bahawa empat yang lain terkorban dalam kebakaran sebuah banglo di Taman Pegawai Kanan, Assam Kumbang dekat sini semalam. LIHAT VIDEO

Kejadian pukul 12.24 tengah malam itu mengakibatkan akauntan Royal Bank of Scotland di Kuala Lumpur, Mohd. Hakimi Zubair, 40; isterinya, seorang pakar IT, Leila Sahak, 40; anak bongsu mereka, Ahmad Faris, 3, serta pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Rizki, warga Indonesia, lemas akibat terhidu banyak asap.


Mayat Mohd. Hakimi ditemui di pintu keluar ke balkoni manakala tiga mangsa lain ditemui di bilik tidur utama dalam keadaan berpelukan. Kesemua mangsa tidur di tingkat atas banglo berkenaan.

Mohd. Hakimi dan Leila yang masing-masing merupakan graduan dari University of Liverpool dan University of Manchester, United Kingdom sepatutnya pulang ke ibu negara petang kelmarin. Mereka berada di Taiping kerana bercuti.Leila berasal dari Jambatan Duyong, Melaka.

sumber http://www.kosmo.com.my

Sangat memilukan apabila dua beranak yang rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah banglo dua tingkat di Taman Pegawai Kanan Kerajaan di Assam Kumbang di sini, tengah malam semalam, ditemui berpelukan.

Peristiwa menyayatkan hati itu meragut nyawa Mohd Hakimi Zubair, 40, isterinya, Leila Sahak, 40, anak bongsu mereka, Ahmad Faris, 3, serta pembantu rumah mereka dikenali Riski, 40-an yang berasal dari Sumatera, Indonesia.LAGI GAMBAR

Tiga beranak dan pembantu rumah mereka itu berada di tingkat atas terperangkap dan terhidu asap tebal dalam kebakaran jam 12 tengah malam.


Mayat Leila dan Ahmad Faris ditemui rentung dalam keadaan berpelukan di satu sudut di bilik utama rumah banglo berkenaan.

Bagaimanapun, empat ahli keluarga lain, termasuk bapa kepada Mohd Hakimi, Zubair Puteh, 73, dan tiga lagi anaknya, Luqman Hafiy, 13, Ain Najwa, 11 dan Azad Fahmi, 8, yang tidur di tingkat bawah dapat menyelamatkan diri dan tidak cedera.
sumber  http://www.hmetro.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan