Isnin, 10 Disember 2012

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Peluang UMNO Bertanding <b>di</b> Kerusi DUN <b>Behrang</b> Semakin Cerah <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2012 10:57 PM PST

Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Khusairi Talib, berkata harapan UMNO bertanding di kerusi DUN Behrang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 semakin cerah apabila MIC menyuarakan minat membuat pertukaran kerusi itu dengan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Katanya, ia sekaligus dapat memastikan kemenangan satu lagi kerusi bagi BN pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, berkata semua ini dicapai hasil semangat setiakawan yang wujud di kalangan pemimpin tertinggi parti komponen BN.

Semalam, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel berkata parti itu berminat membuat pertukaran kerusi negeri di Perak dengan parti komponen BN lain pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya MIC bersedia melepaskan kerusi Behrang dan Pasir Panjang sebagai pertukaran dengan kerusi Buntong, yang mempunyai 48 peratus penduduk India, manakala satu kerusi lagi masih di peringkat rundingan.

Beliau berkata sekiranya MIC tidak mendapat kerusi yang dimintanya di Perak, parti itu akan memilih Dengkil di Selangor sebagai pilihan kedua.

"Perbincangan sedang diteruskan. Kami tidak akan lepaskan sembilan kerusi parlimen dan 19 kerusi negeri. Semuanya akan kami pegang," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian perhimpunan agung tahunan ke-66 parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Ahad.

Perhimpunan agung sehari itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri 1,500 anggota perwakilan serta 2,000 pemerhati.

Palanivel, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata tidak berlaku salah faham antara beliau dan para pemimpin parti berhubung cadangan pertukaran kerusi itu.

Tambahan pula, kata beliau, undi India dan Melayu di Perak dan Selangor terhadap BN begitu meyakinkan kerana kedua-dua negeri itu mempunyai ramai pengundi. Perak mempunyai 55,000 hingga 60,000 pengundi, manakala Selangor mempunyai 230,000 pengundi yang terdiri daripada wanita dan belia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan