07 di kinta - Google Blog Search |
Inilah Ceritaku: Sepetang <b>di Kinta</b> Riverfront Posted: 29 Nov 2012 06:16 AM PST Sebelum kuar dinner di R e s t o r a n N a s i P a d a n g S i m p a n g 3, ambil angin petang di depan hotel. Cantik dan bersih kawasan riverfront ni. Tak sibuk dan tenang . Pagi-pagi boleh nampak orang jogging dan memancing. Berbanding dengan hotel di tengah bandar Ipoh yang sibuk dengan kenderaan dan manusia ke hulu ke hilir. Tapi, nak makan dan beli-belah payahlah sikit. Hotel barulah katakan..(semua main touch screen) Nak suruh Encik Suami tinggal kereta semasa dia berkursus, kita pulak tak yakin nak memandu. Ipoh ni bandar jalan sehala. Kalau dah tersesat, nak U-Turn punyalah payah. Papan tanda jalan tak banyak membantu. Kalau dah Encik Suami pun pening nak balik semula ke hotel selesai kursus kalau silap jalan, inikan pulak Anim yang mai sekali sekala. Sudahnya...lunch kami..room servicelah! Mungkin dalam beberapa bulan lagi, tak ada masalah nak cari makan. Nampak deretan gerai yang masih belum siap di tepi Kinta Riverfront ni. Jambatan mini merintangi Sungai Kinta. Kalau lihat di s i n i, ada 6 jambatan mini di sepanjang Kinta Riverfront. Entahle..dari Tingkat 14 bilik kami, terpandang 2 sahaja dengan bentuk berlainan. Tak larat nak jalan ke jambatan yang satu lagi. Masing-masing dah lapar nasi! |
You are subscribed to email updates from di kinta - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan