Ahad, 2 Disember 2012

07 di tambun - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di tambun - Google Blog Search


Dunia yang hilang, <b>Tambun</b> » Izzat Aziz

Posted: 17 Nov 2012 11:51 AM PST

Pada October 21 yang lepas terjadinya satu majlis yang dipanggil konvokasi untuk aku setelah tamatnya pengajian selama hampir lima tahun di Universiti Teknologi PETRONAS.  Jadi aku, Umi, nenek, adik perempuan, tiga abang lelaki, seorang kakak, dua orang kakak ipar, seorang mak cik dan tiga orang anak saudara bersama-samalah ke bumi Perak ini setelah berbulan-bulan meninggalkanya.  Alang-alang kerana kebanyakan ahli keluarga aku bersama, maka kami buatlah trip, pada mulanya macam-macam tempat yang di senarai pendekan tetapi akhirnya Tambun di pilih kerana dekat dan murah.

Tiket masuk adalah lebih kurang RM 40, tidak ingat tetapi yang aku baru perasan setelah masuk adalah harga tiket online lebih murah berbanding di pintu, memang sepatutnya begitu tetapi kerana ignorant rugilah beberapa ringgit.  Kalau yang pertama kali masuk mungkin tak perasan yang Tambun mempunyai banyak kawasan yang berbeza dan bukan sahaja tempat untuk bermain air.  Kawasan-kawansan yang ada di Tambun adalah Water Park, Amusement Park, Tiger Valley, Petting Zoo, Hot Spring & Spa, Tin Valley dan Team Building.

Kami pada awalnya sudah tentu banyak habiskan masa di Water Park, memang tujuan utama datang untuk bermain air,  Water Park bagi aku ada beberapa gelongsor yang seronok tetapi biasa-biasa sahaja orang kata tahap budak-budak, sama juga dengan Amusement Park, satu permainan yang paling 'menakutkan' hanyalah kapal, yang lain tahap budak-budak.  Habis bermain di Amusement Park dan apabila dah cukup basah di Water Park barulah kami bergerak ke Petting Zoo, tidak singgah di Hot Sping & Spa kerana tak sure apa yang ada di dalamnya.

Petting Zoo agak menarik jika yang jenis suka tengok binantang, yang paling menarik bagi aku adalah Raccoon, kerana dua ekor Raccoon dibiarkan berkeliaran, selain itu ada arnab, burung, ular, kucing, monyet, kambing dan pelbagai lagilah walaupun nama Petting, tetapi bukan semua sesuai untuk dijadikan pet.  Selepas Petting Zoo kami bergerak pula ke Tiger Valley, ia cuma adalah tempat untuk harimau berkeliaran, jika ingin tengok mereka diberi makan datang dalam pukul 3 hingga 4 petang, kami terlepas dapat tengok harimau tidur sahaja.

Selepas itu Tin Valley, tidak banyak sangat benda lebih kepada informasi, untuk ambil gambar dengan patung manusia dan gajah boleh lah sini, kalau nak diikutkan tempat paling menarik adalah kawasan Team Building tetapi, semua aktiviti yang ada perlu bayaran lain, ia tidak termasuk dalam bayaran masuk, jadi terputuslah hajat untuk mencuba, tetapi dapat berkayak secara percuma untuk 30 minit kalau tak salah.  Masa aku pergi tempat tu memang kosong, tak tahulah hari lain ramai ke tidak.  Jadi aku rasa lagi elok untuk mahalkan sikit, bayaran masuk dan bagi semua aktiviti di kawasan ini percuma sekurangnya untuk sekali seorang bolehlah juga merasa. Aku tak rasa orang sanggup keluarkan duit lagi bila dah masuk ke dalam dan basah kuyup sudah.

Aku sediakan sekali gambar-gambar, untuk sekadar penghias tulisan.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved