Isnin, 24 Disember 2012

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


Perak Rayu Petronas Tambah Bekalan Gas Terutamanya <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2012 11:43 PM PST

Kerajaan negeri merayu Petronas agar menambah bekalan gas terutamanya di Lembah Kinta berikutan permintaan yang tinggi daripada pihak industri di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, berkata walaupun kerajaan negeri mendapat kouta bekalan gas daripada pihak berkenaan, ia masih tidak mencukupi bagi menampung permintaan yang tinggi.

"Kita merayu kepada pihak Petronas agar menyalurkan bekalan gas yang mencukupi di Perak bagi menyelesaikan kekurangan bekalan yang dihadapi oleh sektor industri.

"Walaupun masalah ini telah dibangkitkan kepada pihak berkenaan, tiada jawapan kukuh diberi syarikat pembekal gas utama di negara itu kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, jika masalah bekalan gas itu dapat ditangani, ia secara tidak langsung boleh merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri Perak.

"Isu bekalan gas ini sangat penting kerana permintaan terhadapnya agak tinggi dan perkara ini sering dibangkitkan setiap kali kita mengadakan pertemuan dengan pihak industri.

"Justeru, mulai tahun depan, kita harap Petronas dapat menyalurkan bekalan gas tambahan, sekaligus berupaya memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada sektor industri.

"Ketika ini, kemudahan gas hanya dinikmati sektor industri sekitar Seri Iskandar dan Manjung kerana pengagihan yang terhad," jelas Zambry.

Beliau menambah, laluan paip yang terhad di kawasan pantai barat Perak menyebabkan bekalan gas tidak dapat disalurkan ke Lembah Kinta.

"Masalah ini akan hanya dapat diatasi jika laluan paip gas dibina di Lembah Kinta," katanya lagi.

Sementara itu, kerajaan negeri juga katanya, menerima cadangan daripada sebuah syarikat antarabangsa untuk menjayakan projek mega berkaitan minyak dan gas yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit.

Tegas Zambry, syarikat berkenaan telah mencadangkan enam tapak projek di kawasan perairan utara Perak untuk pertimbangan pihak kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri telah mendengar taklimat mengenai cadangan projek berkenaan dan kita sedang menelitinya secara mendalam kerana satu pelan komprehensif diperlukan bagi memastikan projek ini tidak meninggalkan kesan buruk kepada alam sekitar," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan