Isnin, 24 Disember 2012

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


SISTEM KESULTANAN <b>NEGERI PERAK</b> DARUL RIDZUAN <b>...</b>

Posted: 21 Dec 2012 02:18 PM PST

SembangKuala pada kali ini ingin menyentuh perkara mengenai sistem Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan, dengan melihat beberapa aspek terutamanya mengenai pemilihan dan kelayakan seseorang Raja Pemerintah dan peruntukan undang-undang yang mengizinkan pemilihan dan perlantikan seseorang Raja Pemerintah itu. Kami berpendapat bahawa perkara ini adalah penting untuk pengetahuan umum terutamanya bagi yang mungkin kurang memahami bagaimana seseorang Sultan atau Raja Pemerintah itu dilantik di negeri Perak, tambahan pula sistem pemilihan dan perlantikan Raja Pemerintah di negeri Perak adalah unik dan agak berlainan dari negeri-negeri yang lain di negara kita.

HIRARKI DALAM SISTEM KESULTANAN NEGERI PERAK

Dalam sistem pemerintahan negeri Perak, wujud beberapa tingkat gelaran didalam hirarki perlantikan seseorang Raja Pererintah. Susunan hirarki semenjak dari tahun 1953* adalah seperti berikut:

Hirarki

Seseorang anak raja atau 'waris negeri' yang layak dan bakal dipilih kelak sebagai  Raja Pemerintah hendaklah terlebih dahulu dilantik menyandang suatu gelaran dalam hirarki yang dinyatakan di atas lazimnya sebagai Raja Bergelar. Apabila kekosongan berlaku bagi sesuatu gelaran dalam hirarki tersebut,  maka Raja Bergelar  yang terkanan akan di pertimbangkan untuk di naikkan menyandang gelaran yang kosong itu.

Pemilihan dan perlantikan seseorang Sultan atau Raja Pemerintah dan juga lain-lain gelaran dalam hirarki di atas hendaklah mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Yang Kedua.  Perlu di nyatakan di sini tentang wujudnya satu badan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (perenggan 3.6) yang di kenali sebagai "Dewan Negara".  Badan ini mempunyai peranan penting dalam melaksanakan proses pemilihan dan perlantikan Sultan atau Raja Pemerintah dan lain-lain gelaran dalam hirarki yang tersebut di atas itu.

Pemilihan dan perlantikan bagi tempat atau gelaran selain daripada Raja Pemerintah adalah atas titah perkenan Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan Negara Perak.  Bagi memilih dan melantik Raja Pemerintah yang baharu dinegeri Perak apabila berlaku kekosongan, Dewan Negara Perak dengan dipengerusikan oleh Orang Kaya Bendahara Sri Maharaja, hendaklah mengadakan mesyuarat dalam  tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah  untuk memilih dan melantik Raja Pemerintah yang baharu.  Mesyuarat ini tidak di hadiri oleh bakal-bakal Sultan dan Raja-Raja Bergelar. Maka Dewan Negara Perak akan membuat keputusan dengan sewajar dan seadil-adilnya, iaitu samada dengan mendapat persetujuan sebulat suara daripada ahli-ahli sekalian terhadap sesuatu calon atau dengan mendapat kelebihan undi bagi seseorang calon itu.  Dalam kata erti lain, hanya ahli-ahli Dewan Negara yang terlibat dalam pemilihan dan perlantikan Raja Pemerintah  Negeri Perak.

Bersambung……..

Nota:

* Untuk mengetahui susunan hirarki sebelum tahun 1953, slia klik "Perak Heir System"

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai Undang-undang Tubuh Negeri Perak sila klik "The Constitution of Perak"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan