Ahad, 23 Disember 2012

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


UMNO Online - ADUN <b>Malim Nawar</b>, Keshvinder Singh Keluar Dap

Posted: 14 Jun 2010 11:20 PM PDT

Kategori Berita Pilihan

ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh Keluar Dap

SUBANG, 15 Jun.- Sedang pakatan pembangkang membuat tuduhan terhadap Barisan Nasional (BN) dan UMNO Perak, Adun Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh mengumumkan dia keluar Dap dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN, berkuatkuasa serta-merta.

Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di sini, sebentar tadi.

Keshvinder berkata, beliau mengambil keputusan keluar Dap kerana kecewa dengan kepimpinan pakatan rakyat di Perak yang terlalu banyak berpolitiking sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

"Saya menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Keshvinder adalah Adun DAP kedua keluar parti itu selepas Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong, awal tahun lalu, yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.

Dengan itu, Dap kini hanya tinggal 16 kerusi Adun di negeri itu. – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 15 June 2010 2:20 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan