Ahad, 23 Disember 2012

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Roketkini.com >> Hutang Kerajaan BN <b>Negeri Perak</b> bertambah 500 <b>...</b>

Posted: 20 Dec 2012 08:02 PM PST

IPOH, 21 DISEMBER: Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming bimbang kerana hutang kerajaan negeri Perak bertambah hampir 500 peratus iaitu daripada RM192 juta pada 2000 kepada RM1.05 billion tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri mendakwa hutang itu sudah dijelaskan dengan memindah milik aset terpenting negeri iaitu aset Lembaga Air Perak (LAP) kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Beliau menegur tindakan kerajaan negeri kerana aset air di bawah LAP adalah penting kerana agensi yang berstatus monopoli itu mampu menjana pendapatan dan keuntungan setiap tahun, khususnya tahun lalu mencatat keuntungan RM104 juta dan LAP mempunyai rizab RM600 juta.

"Saya mahu Menteri Besar memberi penjelasan mengenai terma kontrak pemindahan aset air itu dan bidang kuasa mengawal kadar air atau memberi jaminan yang tarif kadar air tidak dinaikkan dalam lima tahun akan datang," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis ketika membahaskan Bajet 2013 Negeri di Dewan Undangan Negeri Perak, semalam.

Kor Ming berkata, bajet negeri tahun depan juga mengalami satu lagi defisit iaitu sebanyak RM42.86 juta, tahun lalu defisit RM50.14 juta dan RM29.6 juta pada 2010 yang semua berjumlah  RM122.6 juta dalam tiga tahun.

"Saya pelik kerana kerajaan BN Perak bangga dengan defisit berlarutan. Ini boleh membawa negeri dan tanahair menuju ke ambang kebankrapan khususnya kini hutang Negara melebih RM500 billion.

"Kali terakhir negara mencatat belanjawan seimbang adalah pada 1997 iaitu ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan sejak dia (Anwar) dipecat secara zalim, negara mengalami defisit dan kini sudah 16 tahun Malaysia mengalami defisit berturut-turut yang sehingga kini berjumlah RM43 billion," katanya.

Beliau berkata, selama lapan tahun Anwar menjadi Menteri Kewangan, hutang negara berjaya dikurangkan daripada RM97 billion kepada RM89 billion iaitu satu kejayaan sehingga diiktiraf IMF sebagai Menteri Kewangan terbaiki di rantau Asia Pasifik.

Bagaimanapun, menurutnya, kini di bawah Datuk Seri Najib Razak, hutang negara melonjak berlipat ganda kini jumlah RM500 billion yang terpaksa ditanggung semua rakyat.

Kos bayar hutang boleh bina 45 universiti baru tiap tahun

Kor Ming berkata, seandainya RM500 juta diperlukan untuk membina sebuah universiti, kos membayar hutang negara dalam setahun berjumlah RM22.5 billion ini bermakna boleh membina 45 universiti baru.

Kewangan Negeri PR Stabil dan kukuh

Menurutnya, BN sentiasa mendakwa PR tidak mampu mentadbir dan jika rakyat berubah, ia akan menggadaikan masa depan negara.

Beliau membandingkan kedudukan kewangan antara Perak dibawah BN, sejak rampasan kuasa, jumlah rizab yang ada bernilai RM778 juta dan setelah empat tahun memerintah jumlahnya lebih kurang sama.

Katanya, sebaliknya pengurusan kewangan PR, di Selangor, 50 tahun di bawah BN, wang rizab kerajaan negeri setakat 2008 adalah RM600 juta dan selepas empat tahun di bawah PR, jumlah rizab negeri bertambah sehingga RM2.2 bilion.

"Manakala Pulau Pinang, jumlah rizab negeri di bawah BN kira-kira RM400 juta, kini selepas empat tahun di bawah PR, jumlah rizabnya mencapai RM1.2 bilion dan bagi Kelantan, jika royalti minyak berjumlah RM7.1 billion dikembalikan dan tidak ditahan, jumlah rizabnya nescaya akan berkembang pesat positif dan jauh lebih baik daripada negeri BN," katanya. – Roketkini.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan