Ahad, 20 Januari 2013

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Jengka 19: Berita Harian: Mutakhir

Posted: 20 Jan 2013 03:07 AM PST


Chong Wei pertahan gelaran Terbuka Malaysia

Posted: 20 Jan 2013 02:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mudah mempertahankan Kejuaraan Terbuka Malaysia Maybank selepas menumpaskan pemain nombor lima dunia, Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia dengan keputusan 21-7, 21-8.

Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia, hanya mengambil masa 32 minit untuk menundukkan Kuncoro sekali gus menjulang gelaran kali kesembilan kejohanan dan kedua pada Kejuaraan Super Siri Musim 2013.

Dalam pusingan separuh akhir semalam, Chong Wei yang menentang pemain Denmark, Jan O Jorgensen dipaksa bermain ke set penentuan namun kemenangan akhirnya berpihak kepada pemain pilihan kejohanan itu dengan 21-13, 17-21, 21-12.

Rekod pertemuan sebelum ini ternyata memihak kepada Chong Wei apabila pernah menewaskan Kuncoro sebanyak tujuh kali daripada 12 pertemuan.

Pelatih TNB lemas ketika berkelah di Rekreasi Arus Deras, Kulim

Posted: 20 Jan 2013 12:57 AM PST

KULIM: Mayat seorang pelatih Tenaga Nasional Berhad (TNB) dijumpai terapung di kawasan Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim, dekat sini kira-kira jam 9.00 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, mayat Abdul Hafiz Abdul Razak, 22, ditemui pasukan penyelamat terdiri daripada lebih 20 anggota polis, pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), dan penduduk kampung.

Abdul Hafiz yang menjalani latihan di Institiut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang disedari hilang ketika berkelah di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang semalam.

"Mangsa adalah antara 132 orang pelajar dan aprentis yang datang berkelah di kawasan rekreasi tersebut dan didapati hilang ketika rombongan itu hendak pulang," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Menurut Ghuzlan, laporan polis telah dibuat pihak rombongan pada kira-kira jam 7.00 petang semalam dan gerakan mencari telah dijalankan dan ditangguhkan pada jam 10 malam tadi akibat cuaca gelap.

Sementara itu, Pengurus TNB di Institiut TNB di Malim Nawar, Perak, Fadzil Mohd Yusof berkata jenazah Abdul Hafiz akan dihantar pulang ke rumah keluarganya di Kemaman, Terengganu. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan