Khamis, 31 Januari 2013

07 di manjoi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di manjoi - Google Blog Search


Perak Bangkit: Asmuni Awi VS Kazim Elias - Persaingan Hebat <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2013 08:24 AM PST

Nah! Inilah berita pecah pertama dari kami untuk anda!
Asmuni Awi seorang peguam tersohor akan bertanding di kerusi DUN Manjoi dan akan ditentang oleh calon  BN yang kini masih lagi Ahli Seumur Hidup PAS, Saudara Kazim Elias.
Haji Asmuni dijangka akan dipertaruhkan oleh parti PAS untuk memenangi kerusi DUN Manjoi. Nampaknya, Tuan Haji Asmuni juga telah kuat berkempen di DUN Manjoi.
Agak sedikit lewat, bagi BN memperkenalkan calon winnable nya iaitu Ustaz Kazim. Beliau memang telah dikenali ramai masakini kerana sering keluar di kaca TV.
Begitupun, kehebatan Tuan Haji Asmuni memang sukar dicabar oleh Calon BN. Beliau amat dikenali di DUN Manjoi. Seorang peguam yang agak senior, Tuan Haji Asmuni dijangka mempunyai sedikit kelebihan berbanding Ustaz Kazim yang jauh lebih muda darinya.
Apapun, ADUN masakini iaitu YB Dato' Haji Nadzri Ismail semakin tenggelam namanya untuk diangkat semula sebagai Calon BN. Ini adalah disebabkan prestasinya di dalam pilihanraya yang lepas sangat merudum dan hampir tumpas dan tewas kepada Calon PAS, Ustaz Zulkarnain.
Kami akan membawa sorotan ini di dalam entri akan datang. Justeru, bersedialah semua pengundi DUN Manjoi. Meskipun secara rasminya pihak BN masih belum mengumumkan siapakah bakal calonnya, namun nama Ustaz Kazim sudah menjadi bualan umum bagai masyarakat pengundi di DUN Manjoi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved