Rabu, 16 Januari 2013

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


PM Lancar Gagasan NAJ1B <b>Di Manjung</b> – Perak Today

Posted: 18 Oct 2012 03:49 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan "Gagasan NAJ1B"  sebagai kesinambungan Gagasan Aman Jaya cetusan idea Menteri Besar Perak yang dipraktikkan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Gagasan NAJ1B merupakan akronim kepada Negeri Aman Jaya 1Malaysia Bersatu yang dilancarkan pada program Jamuan Janji Ditepati di Manjung bersempena lawatan kerja Perdana Menteri sehari ke Perak hari ini.

Terdahulu, Najib sempat meluangkan masa bertemu warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan bertemu rakyat sekitar Daerah Hilir Perak sempena program Sepagi Bersama PM di Teluk Intan.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pelancaran Gagasan NAJ1B menguatkan slogan "Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir" dalam memastikan semua rakyat mendapat nikmat limpahan kemakmuran di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Melalui pendekatan ini, rakyat hidup aman dan berjaya dan akan menyumbang kepada pencapaian matlamat negara Malaysia yang bersatu padu melalui konsep 1Malaysia," katanya.

Zambry juga berkata, NAJ1B juga merupakan terjemahan daripada pendekatan 3P iaitu Padang, Perasaan dan Penyelesaian yang sentiasa diterapkan dalam pentadbiran kerajaan.

"Negeri yang aman dan berjaya akan menyumbang kepada Malaysia yang bersatu," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan