Rabu, 30 Januari 2013

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


SANDY BEACH RESORT <b>DI</b> PULAU <b>PANGKOR</b> PERAK

Posted: 03 Jan 2013 01:11 AM PST


Pada 30 haribulan Disember 2012 yang lalu sempatlah saya ke Pulau Pangkor setelah hampir 7 tahun tidak menjejaki kaki ke Pulau ini. Kali ini bersama mak dan dua adik saya serta adik ipar,  kami berkesempatan menghabiskan masa dua hari satu malam di Pulau ini.




Bertolak dari rumah pada pukul 9 pagi dan tiba di Jetty Marina Island Pangkor pada pukul 11 pagi. Dan pukul 12 tengah hari kami menaiki ferry menuju ke Pulau Pangkor. 
Tambang ferry dari Jetty Marina Island ialah RM10 pergi balik dan hanya mengambil masa hanya 10 minit sahaja. 
Pelayaran yang singkat jika dibandingkan perjalanan menaiki boat dari Jetty di pekan Lumut yang mengambil masa lebih kurang 45 minit.

SEDIKIT TENTANG MARINA ISLAND PANGKOR

"Sebuah marina bernilai RM1 bilion yang berfungsi sebagai pelabuhan kapal persiaran pertama di Asia Pasifik, telah dibina di  kawasan tambakan laut Teluk Muroh di sini oleh syarikat Marina Sanctuary Resort Sdn. Bhd.

Marina Island Lumut, township baru yang dibangunkan beserta dengan kemudahan Hotel, service apartments, stesyen bas, Jeti ke Pulau Pangkor dan kawasan komersial. Tapi kawasan ni belum 100% siap, masih lagi dalam construction. Tapi Jeti, kedai-kedai dan hotel sudah mula beroperasi. Jeti ke Pulau Pangkor ni adalah sebagai alternatif bagi jeti yang sedia ada di pekan Lumut. Jeti Marina Island ni agak strategi memandangkan jaraknya yang dekat dengan Pulau Pangkor dan hanya mengambil masa hanya 10 minit, berbanding jeti Lumut, 45 minit.


Kawasan sekitarnya juga cantik, dikelilingi oleh laut dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Terdapat juga tempat pelabuhan untuk kapal2 mewah dan persendirian."



Dari jetty di Pulau Pangkor kami berlima terpaksa menyewa sebuah van dan dikenakan bayaran RM80, dibawanya kebeberapa tempat tarikan pelancung di pulau ini, bermula ke Kota Belanda kami kemudian ke Tokong Fu Lin Kong dan ke kilang satay (harga barangan yang djual masih pada harga yang mahal). 









Kami kemudian dibawa mengelilingi pulau kearah utara, melalui Teluk Chempedak, Teluk Belanga berhampiran lapangan terbang Pangkor ke Coral Beach, ke Teluk Nipah (kawasan yang menjadi tumpuan pelancung lebih ramai yang tertumpu ke sini jika dibandingkan dengan kawasan Pasir Bogak).

Kami sampai di Sandy Beach Resort sekitar pukul 3 petang.
Lewat petang kami keluar makan malam di gerai makan berhampiran.









Keesokan harinya kami menyewa sebuah boat untuk kebeberapa lokasi termasuk ke Coral Bay berhampiran Pangkor Laut Resort yang mahal lagi terkenal itu, ke pinggir pantai kawasan rumah persendirian milik Marina Mahathir, ke Tortoise Bay (terdapat batu yang mirip penyu), ke Teluk Nipah dan ke lokasi snorkeling.  Cuaca mendung, so air laut  memang tidak "clear"











Hampir sejam menyelam melihat darat laut yang kelam kelabu, akhirnya kami kembali ke pantai Pasir Bogak. Bersiap sedia "check out" dan kembali ke Ipoh.








Sempat singgah di pekan Lumut sebelum menujuk ke Ipoh.
Selamat Tahun Baru 2013 pada semua.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan