Rabu, 30 Januari 2013

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Kerdipanrohani: Kait Rambutan <b>di Slim River</b>

Posted: 24 Dec 2012 11:30 AM PST

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Nampaknya sekarang musim buah menjadi sungguh di tempat kita nikan. Di mana-mana saja kita nampak orang menjual durian, rambutan, manggis, langsat dan lain-lain yang sewaktu dengannya.
Hari Selasa lepas saya ke rumah adik di Kampong Seri Kledang di Slim River. Dah lama dia dok telefon suruh saya datang ke rumahnya sebab katanya durian sedang luruh dan rambutan sedang masak.

Tapi saya ni susah sikit nak berjalan jauh sekarang ni sebab teman hidup saya ni kurang sihat sikit nak memandu jauh. Tapi hari Selasa tu, barulah kami dapat ke sana. Lama jugak saya tidak ke sana. Selain kerana buah-buahan, datang ni pun lebih kepada nak jumpa adik saya suami isteri dan anak-anaknya.

Apa nak buat, kebetulan durian dah tak ada sangat. Dan rambutan pun dah tinggal yang tinggi-tinggi. Anak saudara saya Hakim yang berusia 14 tahun tulah dok mengaitnya. Nak panjat kerengga banyak, akhirnya dapat lebih kurang sebaldi ni. Cukuplah Kim.

Alhamdulillah dapat rasa buah ramburan segar dari pokok.



Akhirnya dah kenyang makan rambutan di bawah pokok, saya kumpul-kumpul baki rambutan yang dikait oleh Hakim, ini rambutan yang dibawa balik ke Shah Alam. Satu baldi besar jugalah.
Sekarang ni saya tak berapa boleh makan durian atau rambutan atau apa saya buah-buahan seperti langsat, duku dan yang sewaktu dengannya kerana bila saya makan buah-buah tu di siang hari, dimalam hari saya akan diserang krem kaki yang teruk dan sangat sakit rasanya bergilir-gilir dari kaki kiri ke kaki kanan dan begitulah sebaliknya sehingga menjelang subuh. Jadi sekarang ni kalau saya makan pun saya makan sekadarnya saja tak ikut selera lagi.

Jadi dengan tak ramai orang di rumah sekarang ni rambutan satu baldi tu berhari-hari jugalah nak menghabiskannya. Tunggu anak-anak balik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan