Jumaat, 25 Januari 2013

07 di tanjung malim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di tanjung malim - Google Blog Search


MPP Online: Khalid Ismath meroyan <b>di</b> Balai Polis <b>Tanjung Malim</b>..

Posted: 17 Jan 2013 12:56 AM PST

Kalau betul-betul ada kes terus dakwa ke mahkamah. Jangan susahkan pelajar datang jauh-jauh semata-mata untuk kawad cam," kata Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami), Khalid Mohd Ismath ketika ditemui selepas menjalani proses pengecaman di Balai Polis Tanjung Malim, dekat sini, semalam.

Beliau yang hadir bersama pengasas Kami, Hilman Idham dan seorang pelajar Universiti Selangor (Unisel), Mohd Zaini Hassan dipanggil berhubung demonstrasi menuntut pembebasan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Adam Adli dan pemansuhan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) di hadapan kampus Upsi pada 1 Januari 2012.

Khalid berkata, tindakan pihak berkuasa itu disifatkan tidak mesra pelajar dan menyusahkan mereka.

Menurutnya, proses pengecaman itu adalah yang kedua dilakukan selepas hadir pengecaman pertama pada pertengahan tahun lalu.

"Kali ini dipanggil lagi untuk proses yang sama, tapi kami bertiga saja.

"Mereka kata ini prosedur biasa dan surat panggilan telah dihantar sebulan lalu tapi kami tak dapat," katanya.

Katanya, mereka telah dihubungi beberapa kali melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk hadir semalam.

Namun, katanya sekiranya benar pihak berkuasa mempunyai bahan bukti seperti rakaman video demonstrasi tersebut, proses pengecaman tidak sepatutnya dilakukan berulang kali.

Menurutnya, pihak berkuasa hanya perlu mendakwa mereka ke mahkamah dan tidak menyusahkan mereka.

"Nampak seolah-olah layanan buruk pada pelajar yang sememangnya tidak berkemampuan.

"Sepatutnya tidak menyusahkan pelajar datang dua tiga kali, jadi nampak sangat tidak bijak dalam tangani kes ini," katanya.

Pada awal pagi 1 Januari tahun lalu, berlaku demonstrasi yang disertai lebih 100 penuntut daripada beberapa institusi pengajian tinggi di hadapan pintu utama kampus Upsi yang turut disertai Adam Adli.


p/s: Dah buat salah, lepas tu meroyan marahkan Polis.. Memang sewel betul MahaSewel pencacai Anwar sekor nih!!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved