Jumaat, 4 Januari 2013

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Kanak-kanak 4 Tahun Maut Kemalangan <b>Di Tapah</b> | MyNewsHub

Posted: 19 Dec 2012 10:07 PM PST


IPOH – Seorang kanak-kanak berusia empat tahun terbunuh setelah motosikal yang dinaiki bersama kedua ibu bapanya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 3 Jalan Bidor-Teluk Intan, dekat Tapah, malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Somsak a/l Din Keriau berkata mangsa, Adam Mohd Rosidi yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tapah.

Bapa mangsa Mohd Rosidi, 20, yang cedera parah akibat tercampak dari motosikal yang ditungganginya itu dirawat di Hospital Teluk Intan manakala isterinya Sharima Hishamuddin, 19, yang turt cedera parah menerima rawatan di Hospital Tapah, katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.

Beliau berkata kejadian berlaku pada 8.15 malam ketika tiga beranak itu sedang dalam perjalanan dari Teluk Intan ke rumah mereka di Kampung Jeram, Mengkuang, Bidor, sebelum dirempuh kenderaan pacuan empat roda tersebut yang datang dari arah bertentangan.

Somsak berkata hasil siasatan mendapati kenderaan yang dipandu seorang lelaki berusia 70 tahun itu dikatakan cuba membelok di satu persimpangan sebelummerempuh motosikal yang dinaiki mangsa.

Pemandu itu ditahan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin polis setelahmembuat laporan di Balai Polis Tapah.- BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan