Rabu, 20 Februari 2013

07 di bagan serai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di bagan serai - Google Blog Search


UMNO Online - 28 NGO <b>Di Bagan Serai</b> Serah Memorandum <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2013 04:19 AM PST

Kategori Berita Lain

28 NGO Di Bagan Serai Serah Memorandum Sokong BN

BAGAN SERAI, 13 Feb –  Sebanyak 28 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah Bagan Serai hari ini menyerahkan memorandum menyatakan sokongan padu mereka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Memorandum itu diserahkan kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr AhmadZahid Hamidi pada majlis di sini.

Antara NGO berkenaan ialah Persatuan Bekas Angkatan Tentera Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Lintau Warisan Kerian, Kuil Patavirama Alayam Kampung Ising dan Persatuan Ketua-ketua Kampung Parlimen Bagan Serai.

Anggota Jawatankuasa Persatuan Bekas Angkatan Tentera Daerah Kerian,Ibrahim Ismail berkata penyerahan memorandum itu menunjukkan sokongan paduterhadap kepimpinan BN sedia ada yang memastikan negara aman dan pesat membangun.

Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Lintau Warisan Kerian, Daud Zakaria berkata memorandum itu menunjukkan penyatuan pelbagai bangsa terutama dalamusaha menjamin perpaduan dan seterusnya menolak pembangkang pada PRU-13.

Setiausaha Kuil Patavirama Alayam Kampung Ising, Parmasivam Krishna berkata 500 anggota berdaftarnya akan turun padang membantu memastikan BN menang padaPRU-13.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata memorandum berkenaan akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat

Berita Bertarikh Pada 13 February 2013 8:19 PM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved