Khamis, 7 Februari 2013

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


House PK: EKSKLUSIF! KAN KE BAGUS KALAU KITA ADA CALON <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2013 10:00 PM PST

Semalam ada member aku hantar keratan Twitter seorang lelaki India yang membuatkan aku dan kengkawan kau terfikir, rupanya ada juga rakyat Malaysia yang meghargai apa yang diterima oleh beliau di negara kita yang tercinta ini. Memang hebat dia ni, kalau la semua kaum berfikiran sebegini, pastinya negara kita ni langsung takde masalah.

Tak cukup dengan itu aku nak share dengan korang video temuramah beliau dengan BN Streams seperti dibawah ni:

Korang kena tengok video ini dan lihat bagaimana dia menjawab isu-isu tentang kaum India. Nama beliau adalah Ramesh Rao. Aku percaya ramai yang mengenali beliau. Korang boleh jumpa dia ni selalu memberi komen pedas kat Malaysiakini. Hinggakan ada komentar di Malaysiakini mengugut mahu membunuh dia.

Kalau dilihat dalam video tersebut, beliau juga ada timbulakn persoalan, kalau benar la BN dan UMNO ni zalim dan rasis. Mana mungkin kaum India dan Cina boleh bina kuil dan sekolah kebangsaan mereka sendiri? Orang macam ni la kita nak.

Untuk pengetahuan korang dia ni ahli MIC biasa saja. Aku dah check background dia ni. Dia ni anak jati Hutan Melintang. Mamat ni boleh berbahasa Cina beb. Kan ke bagus kalau MIC jadikan si Ramesh ni sebagai calon mereka di Hutan Melintang? After all MIC perlukan WINNABLE CANDIDATE kan?

Memang sesuai sangat la dia jadi calon! Ini pandangan aku la, bakinya terserah la pada pihak yang bertanggungjawab. Orang yang bagus kita mesti kena kedepankan. Aku bukan la nak promo dia tapi bagi sesiapa yang mengenali beliau memang tahu la dia memang jenis cukup bersemangat dalam membantu BN dan kerajaan dalam menangani banyak isu!

Beliau juga pernah membuat kenyataan di tentang Kaum India jangan mudah tertipu dengan dakyah Pembangkang. KLIK SINI

BN perlukan lebih ramai orang India yang bersemangat 1 Malaysia begini...fikri-fikirkanlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan