Khamis, 7 Februari 2013

di negeri perak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri perak - Google Blog Search


PRU13 : Zambry Optimis BN Terus Pertahan <b>Negeri Perak</b>.

Posted: 29 Nov 2012 07:25 PM PST

alt

 

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Barisan Nasional (BN) diyakini akan terus mempertahankan Kerajaan Negeri Perak malah berpotensi untuk mencapai jumlah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang lebih tinggi pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.

Menteri Besarnya Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, posisi BN di Negeri berkenaan dapat dilihat berdasarkan tahap persiapan jentera di setiap kawasan yang secara keseluruhannya mendapat reaksi positif dan sokongan padu dari kalangan rakyat.

"Perak berada dalam posisi yang baik. Dan Insyaallah, berdasarkan persiapan yang dilaksanakan, kita akan mempertahankan Kerajaan BN di Negeri Perak pada PRU13," katanya kepada KLPOS ketika mengadakan sesi lawatan di Bilik Media bersempena Perhimpunan Agung UMNO ke 66 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini petang semalam.

Pengerusi BN Negeri Perak itu juga melahirkan rasa kekagumannya dengan semangat yang ditonjolkan para perwakilan dengan penuh beremosi ketika Datuk Seri Najib Tun Razak sedang memberi Amanat Ucapan Dasar Presiden UMNO semalam.

"(Ucapan Dasar Presiden) dilihat satu sentuhan daripada emosi. Dan ini dapat kita lihat menerusi Ucapan Presiden itu sendiri. Ianya datang daripada keazaman, iltizam dan kesedaran dalaman sehingga menyebabkan kesemua perwakilan amat tersentuh sekali," jelasnya. [VIDEO DI SINI]

Beliau turut menggesa agar setiap ahli UMNO di seluruh Negara bersiap siaga dalam memastikan PRU13 menjadi perintis bagi merampas kembali 4 buah Negeri yang kini ditadbir Kerajaan Pakatan Rakyat.

Sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden yang sedang berlangsung sejak semalam dijangka berakhir pada Sabtu ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved