Rabu, 6 Februari 2013

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


UMNO Online - Kerajaan Peruntuk RM30 Juta Untuk Perumahan <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2013 02:00 AM PST

Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota

Kerajaan Peruntuk RM30 Juta Untuk Perumahan Nelayan Darat

HUTAN MELINTANG, 5 Feb  - Kerajaan memperuntukkan RM30 juta di bawah projek perumahan nelayan darat bagi membantu 3,000 nelayan di seluruh negara membaikpulih rumah mereka.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharum berkata bantuan yang dikawal selia oleh Jabatan Perikanan itu diberikan bagi membolehkan nelayan yang berpendapatan rendah memiliki rumah yang selesa.

"Kerajaan beranggapan golongan ini tidak mempunyai pendapatan tetap kerana  bergantung kepada hasil tangkapan semata-mata," katanya selepas majlis penyerahan lesen sampan dan program bantuan perumahan nelayan darat Parlimen Bagan Datoh dan Teluk Intan di Tanjung Bayan, di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 116 nelayan darat dari Parlimen Teluk Intan dan  Bagan Datoh menerima bantuan berkenaan manakala 92 nelayan menerima bantuan khas sampan.

Beliau berkata terdapat 14,967 nelayan yang aktif di negeri ini dengan 3,294 orang di Kerian, Larut Matang (4,374), Manjung (3,367) dan Hilir Perak (3,932).

Mohd Johari berkata Hilir Perak adalah penyumbang terbesar pendaratan ikan di negara ini iaitu sebanyak 45 peratus, membabitkan 122,000 metrik tan dengan nilai RM614 juta setahun.

Sementara itu, beliau berkata kementerian tidak teragak-agak untuk membatalkan lesen pembekal diesel subsidi yang menjual diesel kepada nelayan asing.

"Saya telah menerima senarai nama pembekal diesel subsidi yang terbabit dalam penyelewengan ini yang jumlahnya mencecah berjuta-juta liter sehari diseludup ke luar negara," katanya.

Berita Bertarikh Pada 5 February 2013 6:00 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan