Rabu, 6 Februari 2013

07 di kinta - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di kinta - Google Blog Search


<b>Kinta</b> Menjerit : Niza Meroyan dah tahu dia akan kalah <b>di</b> Pasir <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2013 12:02 AM PST


Niza Meroyan didakwa tidak lagi berminat untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat Pasir Panjang berikutan banyak masalah rakyat di kawasan itu gagal diselesaikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir membuat kesimpulan ini berikutan banyak masalah termasuklah projek-projek pembangunan masih belum dilaksanakan sehingga kini.

Katanya 'Niza Meroyan' juga didapati gagal melunaskan janji-janji yang dibuat kepada pengundi kawasan Pasir Panjang sejak dipilih pada pilihanraya 2008 lalu.

"Saya tahu penduduk di sini dipinggirkan wakil rakyatnya. Saya ada ingatkan beliau tentang perkara ini setiap kali siding DUN tetapi dia menafikan dengan mengatakan banyak yang telah diselesaikannya dengan Majlis Perbandaran Manjung (MPM)
"Berdasarkan maklumat, kita dapati MPM telah menyelesaikan lebih 50 aduan dan daripada aduan ini tidak satu pun datang daripada Pejabat DUN Pasir Panjang dan ini jelas membuktikan 'Niza Meroyan' memang kuat berbohong," katanya.

Menteri Besar itu mendakwa bahawa Niza Meroyan mungkin lebih berminat untuk menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang berikutan sering menimbulkan isu berkaitan kawasan itu setiap kali sidang DUN.

Malah, katanya, tindakan Niza Meroyan menuduh kononnya kerajaan Malaysia telah menerima
RM 207 billion pampasan daripada Kerajaan Jepun untuk dibayar kepada mangsa-mangsa keretapi maut sehingga menimbulkan kemarahan Kerajaan Jepun mengukuhkan lagi bukti bahawa Ketua Pembangkang Perak itu sebenarnya lebih berminat menjadi Ahli Parlimen daripada seorang ADUN.

Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Gelanggang Futsal
dan makan tengah hari bersama penduduk Kampung Padang Tembak dan
siswa siswi Universiti Utara Malaysia di Dewan Kampung Padang Tembak,
Teluk Muroh, hari ini.

"Dia tak habis-habis berbohong. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah juga telah memaklumkan bagaimana kerajaan Jepun memandang serius tuduhan ini sehingga mencalar kredibilitinya sendiri," katanya

Mengulas cabaran berdebat yang dibangkitkan oleh si Niza Meroyan, Dr Zambry berkata beliau tidak akan membuang masa dengan melayan cabaran itu kerana isu yang bakal dibangkitkan sangat penuh dengan pembohongan.

"Rakyat sendiri saksikan bagaimana dia berbohong ketika dalam Dewan dan saya rasakan orang seperti ini tidak patut dilayan," katanya.

* sumber dari portal berita tempatan edisi negeri Perak.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved