Rabu, 6 Februari 2013

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


Menyantuni kaum Tionghoa <b>di</b> Tg <b>Piandang</b> | Dr Mujahid Yusof Rawa

Posted: 01 Feb 2013 03:09 PM PST

Tangjung Piandang - YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa telah berkunjung ke Pekan Tg Piandang pada 2 Feb 2013 sempena program edaran limau kepada orang ramai sempena  sambutan Tahun Baru Cina. Program mengedar buah limau ini anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Parit Buntar dan PAS Kawasan Parit Buntar diadakan pada setiap tahun sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Lawatan ini turut dihadiri oleh YB Yunus Jamhari ADUN Kuala Kurau.

Program kali ini menurut Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar,  Sdr Azhar Shahrin diadakan secara besar-besaran. "Kami hanya sempat membuat edaran di sebahagian pekan Tanjung Piandang apabila bekalan limau telah dah habis," ujar beliau. Koordinator program, Sdr Hairul Nizam berkata "Pihak kami terpaksa membuat tambahan limau kerana berbeza tahun tahun lalu, kali ini sambutan luar biasa, mereka berpusu-pusu kerana amat teruja dengan kedatangan rombongan YB Dr Mujahid dan YB Yunus Jamhari"

Sambutan yang cukup menggalakkan diterima daripada orang ramai dengan lawatan YB Dr Mujahid dan YB Yunus Jamhari menyebabkan pihak Pusat Khidmat Masyarakat kehabisan limau sebelum menamatkan kunjungan seluruh Pekan Tanjung Piandang. "Ini menandakan sambutan yang amat menggalakkan kerana mereka berpusu sebelum kami sempat berjalan-berjalan," ujar Dr Mujahid.

Edaran limau yang melibatkan juga Kuala Kurau, Bagan Tiang, Pekan Parit Buntar dan Ban Seng Hin akan diadakan sepanjang mingg sebelum Tahun Baru Cina yang jatuh pada 9 Feb 2013. Selain edaran, pihak Pusat Khidmat Masyarakat dan PAS Kawasan turut mengadakan bantuan kepada warga emas dan penduduk miskin di Titi Serong, Bagan Tiang dan Kuala Kurau. Program edaran ini turut melibatkan Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, Briget Muslimat dan Nisa' Parit Buntar.

Jamuan rakyat bagi menyambut Tahun Baru Cina akan diadakan di Pekan Parit Buntar dan Tanjung Piandang pada 16 dan 17 Feb 2013. nanti. Seluruh penduduk Parrit Buntar dijemput hadir untuk memeriahkan suasana.

Mujahid beramah mesra dengan kaum Tionghoa

Mujahid beramah mesra dengan kaum Tionghoa

Seorang pengunjung menunjukkan tanda bagus kepada Mujahid semasa Mujahid mengunjungi sebuah kedai makanan

Mesra dengan rakyat pelbagai kaum

Mujahid tertarik dengan kecomelan seorang anak kecil Tionghoa sambil mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada ibunya

Sempat mengedar limau kepada penunggang motosikal

Berjalan kaki di seluruh pekan untuk mengedar limau

Pengunjung kedai kopi mengangkat bekas buah limau sebagai tanda sokongan mereka bersama Mujahid dan ADUN Kuala Kurau

Mujahid menyantuni seorang warga emas

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved