07 di bidor - Google Blog Search |
58 tahun….masih tiada kewarganegaraan! | PSM KAJANG Posted: 24 Feb 2013 03:05 AM PST PARTI SOSIALIS MALAYSIA (CAWANGAN KAJANG) 23 February 2013 Kepada, Kementerian Dalam Negeri SURAT RAYUAN DAN SURAT MEMINTA PENJELASAN PENOLAKAN PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN PUAN SAROJA A/P ARJUNAN (58) Pusat Perkhidmatan Parti Sosialis Malaysia telah menerima satu aduan dari Puan Saroja a/p Arujunan berumur 58 tahun kerana beliau sangat kecewa dengan penolakan permohonan beliau untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia tanpa sebarang penjelasan rasional. Kami merujuk kepada rujukan anda: KDN(S): 158/560/2/2-114749(5)] melalui surat bertarikh 2 Nov 2012. Puan Saroja yang kini mempunyai kad pengenalan Pemastautin Tetap (551226-71-5190) amat kecewa dengan tindakan pihak anda memandangkan beliau telah berada di negara ini selama 58 tahun, sudah beranak dan bercucu, tidak dapat keluar dari negara ini untuk melawat anaknya sendiri yang berada di Singapura, tidak dapat membeli atau mewarisi harta dan tidak dapat mengundi dalam setiap pilihanraya. Dari keterangan yang kami peroleh dari beliau:
(i) Velavan a/l Subramaniam (TL: 16 Aug 1975) yang telah meninggal dunia 8 tahun lalu, (ii) Prema a/p Subramanian (TL: 31 Aug 1976), (iii) Vimala a/p Subramaniam (TL: 29 Nov 1977), (iv) Anandan a/l Subramaniam (TL: 08 Nov 1979), (v) Muhammad Selva Bin Abdullah yang telah bertukar agama (TL: 24 May 1981), (vi) Mathan a/l Subramaniam (TL: 16 Jun 1984) yang telah meninggal dunia pada 2/10/2011 (vii) Anand Kumar a/l Subramaniam (TL: 27 July 1986) Oleh itu, kami kurang faham, apakah alasan pihak Tuan menafikan hak Puan Saroja untuk kewarganegraan. Setiap orang mempunyai hak untuk kewarganegaraan menurut konvensyen hak asasi rakyat sejagat. Kami rasa segala bukti yang ada jelas menunjukkan Puan Saroja layak untuk mendapat kewarganegaraan Malaysia. Segala dokumen dilampirkan bersama. Menurut Puan Saroja, permohonan telah dibuat sebanyak 2 kali. Harap pihak Tuan akan meneliti semula permohonan Puan Saroja serta memberi penjelasan yang sah terhadap penolakan hak beliau untuk memperoleh kewarganegaraan. Sekian, terima kasih. Yang benar, Letchimi Devi a/p Doraisamy |
You are subscribed to email updates from di bidor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan