Jumaat, 8 Mac 2013

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Bas dengan ahli KEADILAN ditahan <b>di Gerik</b> | Free Malaysia Today <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2010 10:48 PM PDT

mustafa IPOH: Sebuah bas yang membawa pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) ditahan di sekatan jalan raya dekat Gerik sebelum dibawa ke ibu pejabat daerah polis di sini, sejauh 130 km.

"Sebuah bas bersama 25 penumpang diiringi kembali ke balai polis untuk pemeriksaan jam 8.00 malam dan dilepaskan kira-kira satu jam kemudian," kata OCPD Gerik, Supt Mahad Nor Abdullah.

"Sekatan jalan raya itu ialah operasi rutin yang kerap kami jalankan," kata beliau kelmarin.

Supt Mahad berkata polis merampas 1,000 risalah dan kain pemidang daripada ahli-ahli parti yang terlibat dalam kempen menjelajah seluruh negara, "Keadilan Untuk Anwar".

Beliau menambah, polis akan menyiasat kes itu di bawah 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.  "Kami juga merakamkan kenyataan daripada ahli-ahli parti itu mengenai risalah tersebut."

Di antara mereka dalam konvoi tersebut ialah Pengerusi KEADILAN negeri Perak, Mustaffa Kamil Ayub dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau, Ab Yunus Jamhari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan