Rabu, 13 Mac 2013

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Jenazah Dua Anggota Tentera Gugur Tiba <b>Di Pengkalan</b> Chepa <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2013 09:32 PM PDT

- Mar 13, 2013 12:32:53.

opsdaulat-Prebet-Mohd-HurairaKOTA BHARU: Lebih 3,000 hadir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini bagi menyambut ketibaan jenazah dua pahlawan negara yang gugur dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah pada Isnin.

Jenazah Kpl Ahmad Hurairah Ismail dan Kpl Ahmad Farhan Ruslan tiba dengan pesawat Charlie C-130 di lapangan terbang itu pada pukul 9.55 pagi.

Turut menyambut ketibaan jenazah ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Km 37 Lahad Datu-Tungku ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Sejurus tiba, kedua-dua jenazah dibawa ke hangar untuk diberikan penghormatan sebelum dibawa dengan van jenazah ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.Jenazah Ahmad Hurairah akan dibawa ke rumah ibu bapanya di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang yang terletak berdekatan.

Jenazah Ahmad Farhan pula dibawa ke rumah ibu bapanya di Perumahan Desa Darulnaim II, Pasir Tumboh di sini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Tumbuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan