Rabu, 10 Ogos 2011

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


`Bazar Istimewa&#39; <b>Di Ipoh</b> Sempena Ramadhan

Posted: 21 Jul 2011 03:18 AM PDT

IPOH – Berita baik buat mereka yang berhasrat untuk menjalankan aktiviti perniagaan bersempena bulan Ramadhan di bandar raya ini.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengumumkan akan membuka sebuah lagi tapak perniagaan sempena bulan Ramadan dikenali sebagai `Bazar Istimewa' pada tahun ini.

Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim berkata `Bazar Istimewa' tersebut menyediakan sebanyak 96 petak perniagaan dan ia merupakan kawasan perniagaan alternatif.

"Ia merupakan kawasan perniagaan alternatif kepada tapak perniagaan popular Gerbang Malam yang tereltak di Jalan Orbourne," katanya di sini hari ini.

Roshidi berkata, tapak baru di sepanjang jalan susur antara Bangunan MBI dan Taman Bougainvilla itu juga merupakan alternatif kepada tapak tambahan di Gerbang Malam yang dimansuhkan pada bulan Ramadan tahun ini.

Menurutnya, kadar caj bagi tapak `Bazar Istimewa; tersebut adalah sebanyak RM100 dan pihak MBI tidak akan menyediakan sebarang khemah atau kanopi kepada para peniaga

Jelasnya, pembatalan bayaran lesen yang diumumkan oleh kerajaan negeri adalah bagi lesen bazar Ramadan dan tidak membabitkan lesen bagi `Bazar Istimewa'.

Tambahnya, mereka yang berhasrat memohon lesen perlu mengambil borang di Bahagian Pengurusan Penjaja, Jabatan Kesihatan Persekitaran sebelum 27 Julai ini.

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan