Rabu, 10 Ogos 2011

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Polis selesai kes bunuh <b>di</b> Buntong

Posted: 09 Aug 2011 04:10 PM PDT

IPOH 9 Ogos – Polis percaya telah menyelesaikan kes bunuh seorang warga emas di Taman Buntong Ria, Menglembu, di sini kelmarin, dengan tertangkapnya seorang lagi suspek lelaki semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, suspek berusia 21 tahun itu ditahan di hadapan sebuah restoran makanan segera di Jalan Farlim di sini oleh sepasukan anggota polis pada pukul 9.15 malam.

"Dengan penahanan lelaki berkenaan, kita percaya telah dapat menyelesaikan kes bunuh itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki warga emas ditemui mati dibunuh selepas disamun di rumahnya di Taman Buntong Ria, Menglembu.

Mangsa, Looi Kim Loong, 67, yang merupakan seorang peniaga ditemui terbaring di bilik utama oleh ahli keluarganya pada pukul 2.10 pagi.

Kim Loong merupakan mangsa ketiga yang dibunuh dalam kejadian samun di negeri ini selepas insiden yang menimpa Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Perak, Dr. Rohani Kasim dan ibu saudara kepada Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai iaitu Teoh Ah Nya @ Teoh Kooi Lan.

Rohani, 38, ditemui mati dicekik di Pangsapuri Permai Lake View, Tambun di sini pada Khamis lalu dipercayai akibat disamun manakala Ah Nya, 73, ditemui mati juga dipercayai selepas disamun di rumahnya di Tanjung Piandang, Parit Buntar awal pagi 6 Ogos.

Pada 8 Ogos lalu, polis telah menahan seorang suspek berusia 24 tahun di sebuah kedai runcit di laluan Sungai Pari 4, Buntong.

Lelaki berkenaan ditahan reman tujuh hari untuk membantu siasatan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan