07 di jelapang - Google Blog Search |
T E G A N U K I TA: RANCANGAN PENGAIRAN <b>JELAPANG</b>, SETIU BERI <b>...</b> Posted: 16 Aug 2011 10:39 PM PDT Oleh: Mohammad Ishak
Projek yang dibangunkan pada 2009 membabitkan kos RM48 juta dengan keluasan 173.2 hektar sehingga ini disertai seramai 119 petani yang mengusahakan tanaman padi dua kali setahun.
Antara komponen utama projek itu termasuklah empangan konkrik utama, taliair konkrik, rumah pam, parit tadahan dan jalan raya. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, ketika melawat pembinaan projek itu semalam mahu projek pertanian berkenaan diberi perhatian oleh agensi pelaksanakan bagi mempastikan hasil pengeluaran padi dikawasan itu dipertingkatkan. Katanya, Jabatan Pertanian juga diminta menukar benih padi sedia ada kepada jenis MR253 kerana ia dijangka dapat meningkatkan lagi hasil pengeluaran selain mampu bertahan jika diserang penyakit. "Ketika ini petani yang mengusahakan tanaman berkenaan berhadapan dengan masalah serangan penyakit yang menyebabkan hasil tidak memuaskan," katanya ketika menyertai upacara menuai di pengairan Jelapang, Setiu.semalam. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Asha'ari Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap dan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Md Yusof Maidin. Ahmad berkata, kerajaan negeri mensasarkan hasil pengeluaran padi negeri akan mencapai tahap 100 peratus dalam tempoh sepuluh tahun apabila semua projek tanaman padi utama seperti di kawasan Projek Pembangunan Pertaanian Terengganu Utara (Ketara) di Besut, Jelapang di Setiu dan Pengkalan Berangan di Marang, beroperasi sepenuhnya mengikut jadual. |
You are subscribed to email updates from di jelapang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan