Ahad, 21 Ogos 2011

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


2nd Anniversary at Pulau <b>Pangkor</b> (Part 1) - Blogspot

Posted: 25 Jul 2011 06:21 PM PDT


                 16-18 Julai 2011 kami sekeluarga telah ke Pulau Pangkor sempena 2nd anniversary saya dan suami. Memang dah lama betul teringin ke Pulau Pangkor. Sejak belajar kat UTP dulu.. Before masuk UIA.. Kami bertolak dari Klang menuju ke Lumut melalui Kapar, Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sabak Bernam, Teluk Intan, Manjung..  Petang tu agak lambat kami bertolak sebab saya  ada kelas tuisyen.  Kami tiba di lumut pada jam 7.15 ptg. Perjalanan mengambil masa 3 jam 15 min dari rumah kami di Rantau Panjang, Klang. Sebelum tu, sempat singgah di Mcd manjung untuk beli bubur Asyraaf. Sampai je di jeti Lumut, dah ada feri yang menunggu. Kami beli tiket dengan harga RM 10 untuk pergi dah balik. Disarankan naik Mesra Feri sebab feri yang lain cam tak bpe best je. Cam rendah dan lemas. Seronok betul dapat menghirup udara laut yang segar. Asyraaf sangat excited sebab ni first time dia naik feri. Sempat la jugak bergambar dalam feri walaupun hari dah beransur gelap. 



           Perjalanan nak ke pangkor mengambil masa lebih kurang 30min ( Xsempat nak set masa. Tp agak2 30 min la..). Feri akan berhemti di jeti sungai pinang sebelum tiba di Jeti Pangkor. Sungai Pinang kat Pangkor jugak. Tapi  disini tiada perkhidmatan teksi disediakan.
          Sangat teruja bila sampai di jeti pangkor sampaikan tertinggal bubur Asyraaf atas feri. Kelam kabut papa g amik. Nasib baik ada lg.. Kami menaiki van pink (seperti dalam gambar) ke chalet dengan harga RM15 1 van. 
                   Sampai di chalet, kami berehat dan solat. Kemudian terus turun pusing2 sekitar teluk nipah. Jalan kaki je.. sebab ,,g dekat sangat chalet dari pantai. Memang happening kawasan teluk nipah. Banyak chalet dan gerai tertumpu disini. Weekend di Pangkor sangat pack. .Ramai betul manusia membanjiri Teluk Nipah.  Penat ronda n isi perut, kami pulang ke chalet dan tido. Bersambung next time.. nak g shopping jap..;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan