Ahad, 21 Ogos 2011

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Tun_Telanai: 6 DITANGKAP <b>DI TAPAH</b>

Posted: 18 Aug 2011 09:23 PM PDT

TAPAH, 19 Ogos: Seramai enam orang ditangkap malam tadi pada majlis ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Taman Tapah yang turut disertai ahli parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar.

Seramai 30 orang polis bersedia di tempat ceramah termasuk 10 orang Light Strike Force untuk mengawasi majlis itu.

Dua orang yang ditangkap dan digari di tempat ceramah ialah Naib Pengerusi dan Timbalan Setiausaha PKR Perak, Chang Lih Kang yang juga Adun Teja dan Tan Kar Hing.

Selepas itu, pembesar suara dan meja dirampas oleh polis.

S. Nagenteran a/l Sandrasigran daripada PSM dan 3 orang lagi, ahli DHPP, Appalasamy a/l Jetakiah, Patrick Vincent dan Chua Yee Ling ditangkap di luar IPD Tapah semasa memberi sokongan kepada Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing.

Mereka dilepaskan pada kira-kira jam 12 tengah malam.

Sumber : Harakahdaily




Ulasan :

Tangkap dan mengempur orang tidak bersenjta beranilah. Hendak tunjuk hebat konon, tetapi orang melakukan jenayah dibiarkan berluasa kerana ia perlu pakai otak untk menjejaki penjenayah yang sebenar. Sebab itu kadar jenayah semakin meningkat. Polis tidak mengambil tannggungjawab yang sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan