Isnin, 1 Ogos 2011

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


HANGAT ! Selepas 'Nanah' Terburai, DAP Semakin Banyak Kudis & Kurap!

Posted: 31 Jul 2011 07:02 PM PDT


Yang terbaru, Lim Guan Eng telah memandai-mandai apabila mencadang menamakan Jalan P Patto mengganti jalan yang sedia ada iaitu Jalan Mak Mandin sehingga bersimpang dengan Jalan Mawar!

Alasan Lim Guan Eng cukup dangkal, cetek dan tidak sepatutnya diterima langsung oleh rakyat Pulau Pinang! Alasan beliau ialah,


Mendiang P Patto adalah ahli politik pembangkang yang telah 'banyak berjasa kepada rakyat dan pada satu ketika adalah Ahli Parlimen Bagan'. seterusnya
P.Patto merupakan seorang ahli politik DAP bidan terjun yang melompat bertanding di beberapa kawasan seperti MP Menglembu (1982-1986) dan MP Bagan (1986-1990). Mendiang dikalahkan oleh DS Samy Vellu di Sungai Siput pada tahun 1990.

Jika merujuk kepada alasan Lim Guan Eng iaitu mendiang 'banyak berjasa kepada rakyat dan pada satu ketika adalah Ahli Parlimen Bagan', alasan tersebut tidak cukup kuat dan tidak adil untuk menyamakan penganugerahan jalan sama seperti negarawan seperti Tun Hamdan Sheikh Tahir.

Kita perlu rasional di dalam hal ini.

1. 'Jasa' P.Patto kepada Pulau Pinang hanyalah kepada rakyat di Parlimen Bagan, itu pun HANYA satu penggal sahaja.

2. Beliau hanya sekadar ahli pembangkang yang tugasnya mengkritik dan memeriahkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, sama seperti Lim Guan Eng DAP. Itu sahaja.

3. Logiknya, tidak banyak 'jasa' yang boleh dilakukan oleh seorang MP pembangkang di dalam kerajaan negeri parti lawan kerana kebanyakan infrastruktur kawasan bergantung penuh kepada perbelanjaan BN negeri dan BN pusat ketika itu.
4. P.Patto mungkin banyak berjasa kepada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan DAP tetapi itu adalah dalam skop parti politik itu sahaja dan bukan rakyat secara keseluruhannya.

5. Malah, nama P.Patto dibantah keras oleh penduduk dan tidak diterima untuk menggantikan Jalan Silibin di Perak, negeri asal P.Patto.

Year 2008 - As protests from the various quarters grew, the Pakatan Rakyat Perak state government finally relented and said that it would hear the people's views first before deciding on the matter.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin has already agreed in principle to honour the late Patto by renaming one of the roads in Little India.

State DAP leaders, however, seem-ed reluctant to accept Nizar's offer, perhaps due to the prominence, or the lack of it, of the road in question.

"Nizar has offered to rename Lorong Lahat after Patto and I think the DAP leaders are not going to agree as they want something more prominent for him," said a source.Nampaknya, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang sekali lagi memandai-mandai mencadangkan nama jalan P.Patto dan telah mengumumkannya kepada isteri beliau sebelum mengkaji penerimaan rakyat Pulau Pinang.

Apakah mereka tidak terfikir perasaan yang terpaksa ditanggung oleh isteri P.Patto jika jalan P.Patto turut mendapat bantahan keras dari rakyat Pulau Pinang di atas alasan-alasan yang sangat lemah seperti dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP itu?

MiM jangka jika rakyat Pulau Pinang bangkit membantah cadangan KM Pulau Pinang itu, beliau akan menuduh kononnya pihak tersebut tidak ada hati perut atau tidak berperikemanusian tidak mahu menjaga hati isteri P.Patto.

Tetapi perlu MiM nyatakan dahulu, Lim Guan Eng dan kroni bapa beliau adalah pihak yang tidak berhati perut dan mempermain-mainkan perasaan isteri Patto. Mereka telah bermain-main dengan perasaan si isteri sekali di Ipoh, Perak.

Dan jika rakyat tidak menerima sama seperti rakyat Perak, isteri mendiang tentu akan kecewa sekali lagi.

Lagi pun, MiM yakin, isteri P.Patto tidak kisah pun jika tidak ada jalan nama.

Yang beliau harapkan ialah tanggungjawab Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang untuk menjaga kesejahteraan sisa-sisa hidup beliau. Itu yang paling penting!
Nampaknya, Lim Guan Eng semakin longgar dan bertambah tidak efesien untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau tampak sudah gagal untuk menilai hati dan perasaan rakyat Pulau Pinang sebelum membuat sebaran keputusan.

Dan di dalam isu ini, bantahan rakyat Pulau Pinang sudah pasti akan mengagalkan usaha Guan Eng DAP untuk menamakan satu jalan untuk kroni politik beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan