Sabtu, 17 September 2011

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Perak akan siasat penganjuran Miss Bikini Malaysia <b>di Pangkor</b> <b>...</b>

Posted: 17 Sep 2011 04:47 AM PDT

Kerajaan negeri akan mengambil tindakan segera bagi mengenalpasti penganjuran Pertandingan FULL MOON BEACH PARTY yang turut mempertandingkan MISS BIKINI MALAYSIA bakal diadakan di Pangkor Island Beach Resort pada 7 dan 8 Oktober nanti.

Menurut Exco Pelancongan, Datuk Hamidah Osman, kerajaan negeri menafikan sekeras-kerasnya bahawa pertandingan itu di bawah pengetahuan sama ada beliau sendiri atau Adun kawasan itu.

Katanya, walaupun pertandingan itu dianjurkan oleh pihak swasta namun ia bukanlah sesuatu yang mencerminkan adat ketimuran malah telah mencemarkan imej negara yang berpegang teguh kepada budaya dan adat.

"Kerajaan negeri memang tidak tahu menahu mengenai pertandingan Miss Bikini ini akan diadakan di Perak… sebagai langkah awal… kita akan kenalpasti siapa yang menganjurkan pertandingan ini dan kemudian amaran akan diberikan.

"Pertandingan seperti ini tidak seharusnya diadakan bukan sahaja di Perak malah di Malaysia… ia sudah tentu akan memberi impak negatif malah memalukan negara.

Tambah Hamidah, pertandingan berkenaan adalah sama sekali bertentangan dengan norma-norma kehidupan Timur malah ia bertentangan dengan agama Islam.

Justeru katanya, pihak penganjuran seharusnya faham akan kepentingan sensitiviti agama di negara ini sebelum bertindak sewenang-wenangnya mengadakan sebuah pertandingan yang mempersembahkan wanita separuh bogel.

"Kita akan ambil serius perkara ini… walapun pihak penganjuran telah mewar-warkan perkara tersebut namun bagi pihak kerajaan negeri perkara ini perlu di atasi secepat mungkin," katanya.

Hamidah ditemui selepas menghadiri Majlis Aidilfitri peringkat kampong di Kampong Changkat Larang, Lahat.

Dalam majlis berkenaan, beliau telah mengumumkan peruntukkan RM 2,000 bagi 12 kampung di dalam Dun Sungai Rapat untuk menganjurkan Sambutan Aidilfitri di kawasan masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan