di negeri perak - Google Blog Search |
PRASEKOLAH <b>PERAK</b>: PROGRAM PENARAFAN DAN <b>...</b> Posted: 05 Sep 2011 11:55 PM PDT 1. LATAR BELAKANG Pendidikan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah bermula sejak tahun 1992. Bermula dengan 38 prasekolah Annex kini pada tahun 2011 sebanyak 768 kelas prasekolah telah dibuka di 494 buah sekolah di Perak. Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah diharapkan dapat memberi penghargaan dan pengikhtirafan kepada prasekolah di atas usaha yang dijalankan ke arah peningkatan kualiti di samping membantu merealisasikan Perak Sentiasa di Puncak Kecemerlangan. Mesyuarat Jawatankuasa Prasekolah peringkat negeri Perak telah memutuskan untuk mempertingkatkan kualiti prasekolah melalui penarafan dan pengikhtirafan kepada prasekolah menerusi penganugerahan "bintang" mengikut kriteria yang digariskan dalam instrumen Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah. Sehubungan dengan ini, satu Jawatankuasa Induk Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah peringkat Jabatan Pelajaran Negeri akan ditubuhkan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato' Pengarah Jabatan Pelajaran Perak dan dianggotai oleh pegawai-pegawai dari beberapa Sektor di JPN . Perincian Jawatankuasa kerja dan ahli jawatankuasa di peringkat JPN dan PPD adalah seperti di Lampiran 1. Tujuan penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk memastikan pelaksanaan pemantauan secara kolaboratif dapat dilaksanakan secara tepat dan berkesan. Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah akan dilaksanakan dengan menggunakan kriteria yang standard yang perlu diikuti oleh semua pegawai, guru besar dan guru prasekolah. 2. OBJEKTIF PROGRAM PENARAFAN DAN PENGIKHTIRAFAN PRASEKOLAH Objektif program adalah untuk: 2.1 Menjadikan Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah sebagai indikator kepada pengurusan prasekolah di negeri Perak. 2.2 Menjadikan Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah sebagai satu usaha melahirkan budaya saing yang sihat ke arah peningkatan kualiti prasekolah. 2.3 Memastikan sekolah mempunyai perancangan mengenai peningkatan pencapaian keseluruhan dan kecemerlangan prasekolah Perak dalam aspek pengurusan am, pengurusan akademik,ko akademik dan pembinaan modal insan yang berkualiti. 3. STRATEGI PELAKSANAAN Tahap pelaksanaan Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah dijalankan pada tiga tahap. 3.1 Tahap Pertama - Tahap Persediaan (Julai - Ogos). 3.2 Tahap Kedua - Penilaian Peringkat PPD (Ogos- September) 3.3 Tahap Ketiga - Penilaian Peringkat JPN (Oktober) 4. KAEDAH PENILAIAN 4.1 Pelbagai kaedah pengumpulan data digunakan dalam penilaian ini. Antaranya adalah: 4.1.1 pemerhatian; 4.2 Pegawai penilai peringkat PPD dikehendaki memasukkan (key-in) data 4.3 Dapatan penilaian hendaklah dikemukakan oleh pegawai penilai kepada sekolah dalam tempoh 14 hari bekerja. Format Dapatan Pemantauan adalah seperti di Lampiran 4. 4.4 Data yang telah lengkap diisi perlulah dihantar melalui e-mail pada minggu pertama bulan Oktober kepada pihak Urusetia di peringkat JPN. 4.5 Perbelanjaan berkaitan Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah adalah di bawah tanggungan JPN/PPD masing-masing. 4.6 Sebarang pertanyaan berhubung dengan program boleh dirujuk kepada Urus Setia Program di Peringkat PPD (u.p. Penyelia Sekolah Rendah daerah masing-masing) atau Urus Setia di Peringkat JPN (u.p Haji Mohd Puat Bin Yusof-055015105 /Ayub Bin Don – 055015295/ Zainor Amri Bin Zulkifli - 055015294). KESIMPULAN Pelaksanaan Program Penarafan dan Pengikhtirafan Prasekolah dan penilaian secara kolaboratif diantara pegawai-pegawai dari beberapa bahagian di Peringkat JPN dan PPD dapat memberikan maklumbalas mengenai status fizikal kelas prasekolah , tahap pengurusan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta kreativiti . Di samping itu, pelaksanaan program ini juga dapat meningkatkan semangat kerja berpasukan dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti. |
You are subscribed to email updates from di negeri perak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan