Rabu, 5 Oktober 2011

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


::.MY STORIES.::.MY WORDS.::.: 1 Syawal <b>di Bagan Datoh</b> Perak...

Posted: 14 Sep 2011 11:13 PM PDT

Assalam uols...

Hari ni dah 17 Syawal dah pun... tapi aku baru terkedek-kedek nak update pasal 1 Syawal.... ahahaha gasak lah kan...

Tahun ni as planned memang family kacik kami ni akan beraya kat kampung my incik hubby lah kan... Kami gerak balik kampung hari ahad sebab saja malas nak rush2 sangat.. lagi pun jumaat dengan sabtu tu mesti jalan jem sebab semua pakat nak balik kampung kan. Alhamdulillah ahad tu jalan tak jem. (itu aku rasa lah sebab aku tdo jer all the way... kui3)

Hari isnin tu, dah sibuk memasak untuk persiapan raya... pepagi lagi iols dah isi beras dalam ketupat dibantu oleh cik cinta... ahahaha habis berterabur dapur embah dikerjakan Cik Cinta...hahaha...

Embah dengan MIL pula macam biasa bz masak juadah di pagi raya... macam biasalah hidangan orang jawa ni adaketupat, serunding, ayam masak kicap, hati masak kicap, sambal goreng, kuah kacang...

Kali ni aku dah tak pelik sangat sebab sebelum ni macam pelik jer tengok hidangan diaorang kan.. especially serunding dia bukan macam serunding yang biasa2 ni okeh.. lepas tu ayam masak kicap pulak mesti letak santan...ahahaha...

Petang isnin tu jugak paman2 ku mengerjakan lemang.....hahaha... kali ni banyak jugak lemang kitaorang buat... sebab tahun ni mostly memang turn beraya kat Bagan Datoh.. =p

Pepagi raya.. after semayang raya... macam biasa lah ada sesi salam2... tapi time ni Cik Cinta nan hado.. sebab dia dah tidur.. dah pakai baju kurung comey2 dia tidur pulak...ehehee

haaa ni sebelum cik daddy pergi semayang raya... dia dah cranky dah sebab mengantuk..huhuhu

time ni dia dah aktif balik sebab dah dapat tidur kan...


***** me bersama buah2 hati ku di pagi raya 2011 =) ****

Raya pertama ni kami sempat pergi beraya satu rumah jer, umah sedara my FIL. itu pun kat area kampung tu jugak... selain nya ramaiiiiiii yang datang beraya ke rumah raya pertama ni..huhuhu....

Malam pulak ada sesi bbq & potong kek Cik Cinta.. memandangkan esoknya kan birthday Cik Cinta... gambar2 boleh click sini. =)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan