Rabu, 5 Oktober 2011

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Perak kemuka bajet khas RM400 juta tangani, urus banjir <b>di</b> Daerah <b>...</b>

Posted: 05 Oct 2011 12:48 AM PDT

Kerajaan Perak akan mengemukakan bajet khas berjumlah RM400 juta kepada kerajaan Pusat bagi menangani dan menguruskan masalah banjir yang berlaku di Daerah Kerian.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata dalam tempoh beberapa tahun lalu, kerajaan negeri mengemukakan beberapa  cadangan melalui  kerjasama pihak swasta bagi mengatasi masalah itu.

"Beberapa kaedah dikenalpasti untuk dilaksanakan termasuklah mendalamkan sungai yang ada di kawasan tinggi khususnya di Selama dan Lembah Beriah.

"Selain itu, kaedah mendalamkan Tasik Bukit Merah juga dicadangkan bagi mengatasi masalah banjir dan kita telah mendengar taklimat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, hari ini.

Zambry berkata, selain cadangan mendalamkan tasik itu, kerajaan juga perlu mengambil langkah perlu agar kerja itu tidak menyebabkan kawasan sekitarnya terhakis dan memberi impak atau kesan kepada ekologinya.

Tegasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri begitu prihatin dengan masalah banjir yang berlaku di daerah itu.

Beliau berkata, peruntukan yang dipohon itu bukan saja diperlukan untuk kos mendalamkan Tasik Bukit Merah tetapi juga mendalamkan sungai di kawasan berkenaan.

"Kerja menaik dan membina tebing sungai juga perlu dilakukan bagi memastikan alir sungai berjalan lancar di kawasan atau kampung tertentu," katanya lagi.

Sementara itu, kerajaan negeri kata Zambry, sudah mengarahkan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim supaya menyiasat projek marina di Pulau Matanggor, dekat Pulau Pangkor yang tidak beroperasi meskipun siap dibina sejak lima tahun lalu.

Projek marina yang dibangunkan oleh Jabatan Laut dan Kementerian Pengangkutan itu dibina dengan kos RM28 juta bagi kemudahan pelayar dari seluruh dunia berlabuh di jeti apungan yang disediakan agensi berkenaan.

"Akibat terbiar dan tidak digunakan, jeti apungan di marina itu hilang kerana dihanyutkan ke lautan kerana skrunya tercabut.

"Kerajaan Perak memandang serius perkara ini dan kita sudah mengarahkan Setiausaha Kerajaan negeri memantau dan mendapatkan laporan terkini daripada kedua-dua agensi Pusat itu mengenai status projek terbabit.

"Projek seperti ini membazirkan wang kerajaan kerana ia tidak digunakan walaupun sudah siap dan kita juga mahu jabatan atau agensi Pusat memantau projek masing-masing di Perak agar kes sama tidak berulang," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan